KENAPA PERLU MENGAMBIL SUPPLEMEN???
(Majalah Health Digest)
1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak efisen akan menghadkan penyerapan vitamin ke usus anda. Sebab lain mungkin anda tidak mengunyah secara sempuna dan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang besar. Anda yang... mempunyai masalah gigi juga menghadapi keadaan ini, berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.
2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut air ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan sederhana lebih digalakkan.
3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E. Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total, yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya sangat kurang.
4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.
5.Tekanan/Stress
Tekanan emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit moden sekarang.
6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.
7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan kalsium meningkat. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan adalah amat perlu.
8.Remaja/Teenagers
Jika anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16 tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang dicadangkan (USRDA).
9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat. Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.
10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih, memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.
11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan, tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.
12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan sumber haiwan.
13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.
14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera, lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.
15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin B6, C, zink dan riboflavin.
16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung , kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.
18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh berbagai keadaan dan suasana sekarang.
19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori seseorang.
20.Kekuangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.
21.Ahli sukan/Athletes
Ahli sukan memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral tertentu berkurangan dengan banyak.
22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat suka kepada minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.
23.Merokok/Smoking
Seperti yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin antioksida.
24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik. Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan mineral.
No comments:
Post a Comment