Tuesday, September 2, 2014

Tips Bantu Anak Batuk Berkahak Tidur Selesa

Tips Bantu Anak Batuk Berkahak Tidur Selesa
 
Waktu malam memang susah anak kecil yang batuk berkahak nak tidur kan? So, me nak kongsi cara me guna untuk selesakan anak tidur. Walaupun tak pulih sepenuhnya batuk berkahak tu dengan cepat tapi sekurang-kurangnya dapat bantu anak tidur. Kesian kan bila anak susah nak tidur.
Berdasarkan pengalaman me sendiri, me kongsikan caranya:
 
1. Sapukan minyak yang berangin pada kaki, perut, pinggang, dada dan belakang anak semasa anak tidur. Boleh sapu kerap dan disertakan urutan ringan untuk lancarkan pernafasannya
 
2. Jika anak tak demam, sapukan minyak pada kaki dan pakaikan stoking. Kalau rajin buat minyak bawang putih lagi cepat berkesan untuk digunakan pada badan dan kaki
 
3. Jika anak selsema, sapukan sikit minyak (berangin tapi bukan panas) pada hidung. Jika guna vicks sapu pada baju anak berdekatan leher. Nak guna minyak bawang putih tadi pun boleh. Doktor ajar gosok minyak/vicks pada tapak tangan dan tekap pada hidung anak (anak hidu daripada tangan kita)
 
4. Beri anak minum lebih air masak. Masa tidur anak akan rimas sebab hidung tersumbat, dan kadang-kadang batuk berkahak. Sediakan botol air supaya anak mudah minum walaupun semasa tidur
 
5. Me gunakan softgel Habbatus sauda beri anak makan sebelum tidur. Memang rasa kurang kahaknya yang berkumpul di kerongkong dan anak boleh tidur lebih selesa. Jenis cair pun boleh, berikan sesudu kecil.
 
6. Beri anak minum air campuran madu (1 tahun ke atas). Selalunya anak akan batuk lebih kerap sebab madu cairkan kahak anak. Tak apa jika anak batuk sebab kahak akan keluar daripada berkumpul saja di kerongkong anak
 
7. Selalu buat tepukan menggunakan tapak tangan (melengkung) di bahagian belakang badan anak. Cara ni akan bantu kahak yang ada bergerak dan lebih mudah dikeluarkan


8. Minyak Ikan juga membantu mengurangkan kahak. Me memang bagi anak makan Omega Guard Shaklee sebagai penguat imun dan bantu pernafasan juga terutama Ammar yang pernah kena serangan teruk Pneumonia.
 
In Sha Allah,  cara-cara yang me kongsikan ini sebagai usaha kita. Jangan lupa berdoa semoga Allah permudahkan dan sembuhkan anak dengan segera.
Sharing is caring =)
Love,
Amy

No comments: