Saturday, November 21, 2009

Kursus Pemantapan Modal Insan

Alhamdulillah... kursus selama 2 minggu (8-20 November 2009) telah pun selamat sehingga ke penghujungnya. me akan sentiasa ingat kenangan di Enggor dan PULAPEL serta yang termanis sekali di atas kapal K.L PAUS =)

Sampai di PULAPEL, sebelum berangkat ke kapal K.L PAUS

Latihan senjata api.. ini bukan main2.. pistol betul ok =D



Marina Wings, Lumut



Memukat ikan hiasan di Enggor

Saturday, November 14, 2009

Semangat Yang Hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Sunday, November 8, 2009

Budaya Niaga Cina

Kita sedia maklum bahawa dalam perniagaan kaum cina boleh dikatakan merupakan peneraju utama. jom kita tengok serba sedikit budaya niaga yang diamalkan oleh mereka..

1. Keberanian

selalunya, keberanian untuk mencuba, menanggung risiko dan rugi merupakan satu halangan yang besar bagi kaum melayu. Namun, bagi kaum cina pula, keberanian ini adalah salah satu cara untuk mereka menguji kemampuan serta kebolehan mereka. sekaligus, mereka akan belajar dari kesilapan jika ianya berlaku.

2. Keyakinan

Apabila sudah bermula, mereka akan meneruskan dengan keyakinan bahawa usaha mereka pasti akan membuahkan hasil. Biar pun lambat, mereka tetap berpegang kepada keyakinan itu.

3. Kerjasama

Dalam sesuatu perniagaan, mustahil jika anda mampu untuk memulakan atau memajukan perniagaan itu seorang diri. Jika ada, hanya segelintir sahaja. Oleh itu, anda perlu bekerjasama dengan perniaga lain atau mempunyai rantaian perniagaan yang boleh membantu anda untuk terus kekal dalam perniagaan. Inilah yang diamalkan oleh peniaga cina, mereka mementingkan rantaian perniagaan yang kukuh berbanding peniaga melayu yang kebanyakannya mempunyai P.H.D. (paham2 sendiri maksudnya)

2. Keuntungan

Keuntungan yang tinggi adalah pilihan peniaga cina berbanding peniaga melayu yang mementingkan keuntungan yang melampau, seterusnya akan membuatkan perniagaan mereka kecundang di tengah jalan.

contoh yang nyata, jika harga kos sepinggan mee udang adalah RM1.50, peniaga cina akan menjual pada harga RM4.00. Maka keuntungan yang diperoleh adalah RM2.50. Mereka akan mengekalkan margin keuntungan ini supaya perniagaan mereka berterusan. Jika peniaga melayu pula, jika hari ini keuntungan adalah RM2.50, maka semakin hari harga makanan tersebut akan ditingkatkan untuk mendapat keuntungan yang lebih lagi. sebab tu la harga mee udang kat pulau sayak dah jadi RM8.00 sepinggan. Keuntungan yang melampau bukan? seterusnya pelanggan tidak akan berkunjung lagi ke gerai tersebut dan akhirnya tutup kedai.

Kesimpulannya, mana yang baik kita ikutkan.. mana yang tak baik kita jangan buat.. wokeh??? =D

Thursday, November 5, 2009

Malaysian International Seafood Exhibition 2009

MISE 2009 telah berlangsung pada 3-6 November bertempat di PWTC. Me ada seminar dengan anak2 angkat jabatan di Hotel Putra, tapi ada gak sesi lawatan ke pameran ni. Level international dah ni.. tapi me tengok tak ramai lak yang datang..
Kat sini la nak wujudnya 'bussiness matching' sebab ramai usahawan dan syarikat luar yang amik bahagian. anak angkat jabatan me pun ada wat pameran gak sebagai gabungan usahawan kelantan. pape pun, me enjoy gak kat sini, tambah2 me dapat jumpa dengan my coursemate emy yus yang turut ada kat situ. Ok la... ada meeting lak pas ni. esok balik KB, lusa gi Perak.. travel..travel.. =P

Monday, November 2, 2009

Hujan – Mencari Konklusi


Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Cinta huraian
Ku takkan mengerti

Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Dan coba diamnya bicara
Sediam bersama
Di temani jasad kita

Kan ku cari konklusi