Sunday, June 29, 2014

5 Tips Kurangkan Haus / Dehidrasi

Kalau cuaca panas, berbahang dan terik, dapat minum air kosong pun lega sangat kan? Tambah- tambah kalau dapat jus buah segar.. yummy!

Itu kalau hari biasa, di bulan Ramadhan ni kenalah menahan rasa tu kan? Tak apa, ada cara lain untuk membantu anda mengurangkan rasa haus atau terhidrat, jom me nak konsi tips ni dengan anda semua (^_^)

Tips Kurangkan Haus / Dehidrasi

1. Minum Lebih Air Kosong

Ya, air kosong sebenarnya sangat membantu tau. Jika bersahur tu nak minum air manis boleh tapi mesti minum air kosong juga untuk bilas tau. Bekal air juga perlu dibawa ke bilik tidur supaya anda dapat minum di waktu malam atau bila-bila masa terjaga dari tidur. Jangan selepas waktu imsak sudah hehe..

2. Minum Setiap 1 Jam Waktu Malam

Ha.. ni tips paling me suka. Setiap sejam anda perlu minum segelas air. Kalau nak air oren ke sirap ke tak kisahlah tapi kalau boleh air kosong sangat bagus. So secara tak langsung badan anda akan mendapat bekalan air yang secukupnya. Esok nak berpuasa pun taklah rasa dehidrasi sangat kan?

3. Elakkan Minum Kafein

Sepertimana kita tahu, kafein memang akan membuatkan kita rasa dahaga. Tak kira waktu pun jika anda minum minuman berkafein, perlu minum air kosong juga untuk seimbangkan kadar metabolisma anda. Kalau anda nak minum kafein boleh, tapi di waktu malam supaya dapat minum air lebih =)

4. Susun Jadual Makan Vitamin

Jika anda mengamalkan supplemen atau vitamin, memang kena susun semula jadual makan vitamin ni. Contohnya vitamin yang memberikan rasa haus dan memerlukan air lebih perlu diambil pada sebelah malam seperti Vitamin B Complex. Jika anda makan vitamin yang memerlukan air pada waktu sahur, pastikan anda minum air lebih supaya anda tidak terhidrasi ok.

5. Minum Minuman Isotonik

Salah satu fungsi minuman isotonik adalah untuk mengimbangi bendalir badan dan untuk mengelakkan badan supaya tidak mudah terhidrat. Minuman Isotonik pilihan me adalah Performance Drink Shaklee sebab ianya semulajadi dan sangat menyegarkan. Less sugar juga tau. Minuman isotonik boleh diminum sewaktu bersahur dan juga berbuka (^_^)

Ok cukup 5 Tips ni. In Sha Allah,  sambil-sambil tu berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita ya.

Selamat berpuasa kawan-kawan semua =)

Salam sayang,
Amy

Saturday, June 28, 2014

Segar Dan Bertenaga Dengan Performance Drink Shaklee

Rasa haus? Terhidrat?

Me baru saja lepas bancuh segelas Performance Drink Shaklee, lepas tu ambil sikit untuk Aisya. Lega nya rasa.. fresh sangat tau.

Bagus minum PD ni, tenaga berterusan dan tak rasa dehydrated walaupun waktu berpuasa. Tak hairan lah kalau atlet sangat sukakan PD ni. Yang suka 100 Plus tu pun boleh cuba try PD, lagi mantap tau =)

#performancedrink #puasa  #tenaga

Wednesday, June 25, 2014

3 Tips Kaki Selembut Kulit Bayi

Kulit kaki mengelupas,  kering dan kasar memang tak selesa kan? Kalau lelaki tak kisah sangat kot.. tapi kalau perempuan? Oh no!

Jom me kongsikan 3 tips untuk lembutkan kulit kaki. Ringkas dan mudah saja tau (^_^)

1. Kurangkan Sabun

Tahukah anda sabun yang berlebihan akan mengeringkan kulit? Penggunaan sabun di kawasan kaki juga secara tidak langsung akan cepat keringkan kulit kaki. Jadi, lebih baik kurangkan penggunaan sabun atau bersabun terlalu lama di kawasan kaki terutama yang kering agar kaki sentiasa lembab secara semulajadi dan segar. 

2. Rendaman Kaki

Amalan merendamkan kaki dengan air garam juga membantu mengurangkan dan merawat kulit mati di kaki. Rendam selama 20 minit dan lapkan kaki sebersihnya. Jika mahu kesan yang lebih baik, gunakan perapi kaki untuk digosok pada tumit dan sekitar jari kaki bagi menanggalkan sel kulit mati. Hasilnya memang kaki dah licin kan?

3. Krim Pelembut

Penggunaannya memang sangat perlu bagi yang mengalami kulit kaki kering. Krim yang paling me suka adalah herbal blend Shaklee. Lembut dan berkesan! Yang penting semulajadi tau. Jika nak cuba krim lain pun boleh. Lotion juga boleh asalkan pelembut. Nak kesan paling optimum gunalah Shaklee. Cubalah dan rasai perbezaannya =)

Ok dah cukup 3 tips mudah dan ringkas ni. Kalau banyak tips susah nak amalkan pun tak jadi juga kan? Hehe..Lepas ni bolehlah diamalkan dan In Sha Allah sangat membantu. Rendaman kaki boleh dibuat seminggu sekali dan pemakaian krim pelembut perlulah berterusan untuk hasil terbaik (^_^)

Selamat melembutkan kaki ya! ;)

Salam Sayang,
Amy

Monday, June 23, 2014

8 Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum semua =)

Alhamdulillah, dapat berita ramai kawan-kawan dah bersalin. Semakin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W =) Sebenarnya me rindu nak bau baby, sebab tu rasa nak kongsi entri kali ni pasal baby hehe..

Kali ni nak cerita tips untuk mudah bersalin, In sha Allah dengan izin Allah, tips yang me amalkan ni akan membantu kawan-kawan untuk berjuang melahirkan zuriat comel =)

Ok jom me kongsikan, teruskan membaca ya! (^_^)
Tips Mudah Bersalin:

1. Aktif

Semasa kandungan dah masuk trimester ketiga, me memang sangat aktif. Masa tu me banyak kerja luar, ke sana ke mari. Berjalan sana sini tu memang hari-hari juga lah. Ramai yang kata aktif semasa preggy mudahkan bersalin tau. So aktifkan diri anda tapi bukan bermaksud buat kerja berat tau =)

2. Minum Air Kelapa Muda

Ini favourite me masa mengandungkan anak pertama dan juga kedua. Minum air kelapa muda dah jadi habit dah. Sedap dan mudah didapati. Satu lagi, orang kata minum air kelapa muda kulit baby cantik. Betul tau =)

3. Makan Virgin Coconut Oil (VCO)

Dari awal mengandung memang me ambil VCO sebagai supplemen. VCO ni bagus sebab melancarkan peredaran darah. Masa bersalin pun baby mudah ja keluar. Ini pengalaman me tau, VCO ni salah satu keperluan bagi me. Kalau yang nak VCO homemade pun boleh asalkan minyak kelapa.

4. Amalkan Multivitamin

Kenapa perlu amalkan multivitamin? Proses bersalin memerlukan tenaga berpanjangan daripada ibu untuk berjuang. Sebab tu perlu multivitamin supaya ibu bertenaga, tak mudah penat dan lesu semasa melalui proses bersalin. Multivitamin yang terbaik semestinya Vitalea Shaklee. Cuba tau, rasai kelainannya hehe.. In sha Allah, itukan usaha juga? 

5. Berzikir dan Berdoa

Semasa proses bersalin, banyakkan berzikir. Subhanallah Walhamdulillah Wallah illallah illallah Wallahuakhbar. Jangan menjerit dan meraung sebab akan menimbulkan rasa stress dan ibu akan rasa cepat penat. Zikir dan zikir disertakan dengan doa.. In Sha Allah, akan dipermudahkanNya.

6. Tenang

Macam me mentioned, jangan stress.. tenangkan diri dan cuba lapangkan fikiran. Sakit memang sakit, sakit bersalin tak ada gantinya.. Tapi kita kena cuba lawan sakit tu. Kenangkan anak comel yang bakal lahir.. itu yang me fikir, nak tengok baby cepat-cepat so me kena lahirkan baby cepat-cepat dengan selamat. Alhamdulillah, berkesan =)

7. Air Selusuh / Minyak Selusuh

Ramai yang dah tak amalkan amalan minum air selusuh. Sebenarnya air selusuh ni air biasa saja yang dibacakan bacaan surah terpilih oleh bidan supaya mudah bersalin. Minyak pun sama juga. Minyak masak biasa tu pun boleh. Me buat sapu juga kat perut dan minum sesudu (tak lalu nak telan tapi usahakan juga. Makan VCO lagi mudah hehe)

8. Bertawakal

Lepas dah usahakan semua tips yang me kongsikan ini, paling penting kena berserah kepada Allah. Kita dah usaha, berdoa dan tawakal lah kepadaNya. In sha Allah, Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Minta dengan Allah supaya kelahiran ini dipermudahkanNya

Itulah tips yang me nak kongsi dengan semua. Oh ya, lupa pula nak bagitau.. gambar kat bawah ni gambar Aisya dan Ammar. Keduanya lahir secara normal pada 38 minggu dengan berat 3.15kg dan 3.3kg. Alhamdulillah,  keduanya lahir mudah. Tak mengambil masa yang panjang, dan tak ada komplikasi.  Walaupun tak ada tanda nak melahirkan, bila jumpa doktor rupanya me dah nak bersalin huhu.. Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk bersalin mudah.. Alhamdulillah =)

Ok semua, semoga perkongsian ini bermanfaat ya (^_^)

Salam Sayang,
Amy

Set Puasa Shaklee Bertenaga!

Set Tenaga - Sesuai Sempena Ramadhan

Alhamdulillah, seminggu lagi bakal menjelma Ramadhan yang dinantikan. Bagaimana persediaan kita? Me dah sedia dengan set tenaga ni awal-awal supaya bertenaga sepanjang hari. In sha Allah,  nak beribadat dan beramal pun tak lesu. Tambahan ibu-ibu mengandung dan menyusu =) Nak cuba set tenaga ni?

Jom dapatkan segera:

Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075

#sayajualshaklee #shakleeputrajaya #setpuasa #settenaga