Kalau cuaca panas, berbahang dan terik, dapat minum air kosong pun lega sangat kan? Tambah- tambah kalau dapat jus buah segar.. yummy!
Itu kalau hari biasa, di bulan Ramadhan ni kenalah menahan rasa tu kan? Tak apa, ada cara lain untuk membantu anda mengurangkan rasa haus atau terhidrat, jom me nak konsi tips ni dengan anda semua (^_^)
Tips Kurangkan Haus / Dehidrasi
1. Minum Lebih Air Kosong
Ya, air kosong sebenarnya sangat membantu tau. Jika bersahur tu nak minum air manis boleh tapi mesti minum air kosong juga untuk bilas tau. Bekal air juga perlu dibawa ke bilik tidur supaya anda dapat minum di waktu malam atau bila-bila masa terjaga dari tidur. Jangan selepas waktu imsak sudah hehe..
2. Minum Setiap 1 Jam Waktu Malam
Ha.. ni tips paling me suka. Setiap sejam anda perlu minum segelas air. Kalau nak air oren ke sirap ke tak kisahlah tapi kalau boleh air kosong sangat bagus. So secara tak langsung badan anda akan mendapat bekalan air yang secukupnya. Esok nak berpuasa pun taklah rasa dehidrasi sangat kan?
3. Elakkan Minum Kafein
Sepertimana kita tahu, kafein memang akan membuatkan kita rasa dahaga. Tak kira waktu pun jika anda minum minuman berkafein, perlu minum air kosong juga untuk seimbangkan kadar metabolisma anda. Kalau anda nak minum kafein boleh, tapi di waktu malam supaya dapat minum air lebih =)
4. Susun Jadual Makan Vitamin
Jika anda mengamalkan supplemen atau vitamin, memang kena susun semula jadual makan vitamin ni. Contohnya vitamin yang memberikan rasa haus dan memerlukan air lebih perlu diambil pada sebelah malam seperti Vitamin B Complex. Jika anda makan vitamin yang memerlukan air pada waktu sahur, pastikan anda minum air lebih supaya anda tidak terhidrasi ok.
5. Minum Minuman Isotonik
Salah satu fungsi minuman isotonik adalah untuk mengimbangi bendalir badan dan untuk mengelakkan badan supaya tidak mudah terhidrat. Minuman Isotonik pilihan me adalah Performance Drink Shaklee sebab ianya semulajadi dan sangat menyegarkan. Less sugar juga tau. Minuman isotonik boleh diminum sewaktu bersahur dan juga berbuka (^_^)
Ok cukup 5 Tips ni. In Sha Allah, sambil-sambil tu berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita ya.
Selamat berpuasa kawan-kawan semua =)
Salam sayang,
Amy
Amy
No comments:
Post a Comment