Assalamualaikum semua =)
Alhamdulillah, dapat berita ramai kawan-kawan dah bersalin. Semakin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W =) Sebenarnya me rindu nak bau baby, sebab tu rasa nak kongsi entri kali ni pasal baby hehe..
Kali ni nak cerita tips untuk mudah bersalin, In sha Allah dengan izin Allah, tips yang me amalkan ni akan membantu kawan-kawan untuk berjuang melahirkan zuriat comel =)
Ok jom me kongsikan, teruskan membaca ya! (^_^)
Tips Mudah Bersalin:
1. Aktif
Semasa kandungan dah masuk trimester ketiga, me memang sangat aktif. Masa tu me banyak kerja luar, ke sana ke mari. Berjalan sana sini tu memang hari-hari juga lah. Ramai yang kata aktif semasa preggy mudahkan bersalin tau. So aktifkan diri anda tapi bukan bermaksud buat kerja berat tau =)
2. Minum Air Kelapa Muda
Ini favourite me masa mengandungkan anak pertama dan juga kedua. Minum air kelapa muda dah jadi habit dah. Sedap dan mudah didapati. Satu lagi, orang kata minum air kelapa muda kulit baby cantik. Betul tau =)
3. Makan Virgin Coconut Oil (VCO)
Dari awal mengandung memang me ambil VCO sebagai supplemen. VCO ni bagus sebab melancarkan peredaran darah. Masa bersalin pun baby mudah ja keluar. Ini pengalaman me tau, VCO ni salah satu keperluan bagi me. Kalau yang nak VCO homemade pun boleh asalkan minyak kelapa.
4. Amalkan Multivitamin
Kenapa perlu amalkan multivitamin? Proses bersalin memerlukan tenaga berpanjangan daripada ibu untuk berjuang. Sebab tu perlu multivitamin supaya ibu bertenaga, tak mudah penat dan lesu semasa melalui proses bersalin. Multivitamin yang terbaik semestinya Vitalea Shaklee. Cuba tau, rasai kelainannya hehe.. In sha Allah, itukan usaha juga?
5. Berzikir dan Berdoa
Semasa proses bersalin, banyakkan berzikir. Subhanallah Walhamdulillah Wallah illallah illallah Wallahuakhbar. Jangan menjerit dan meraung sebab akan menimbulkan rasa stress dan ibu akan rasa cepat penat. Zikir dan zikir disertakan dengan doa.. In Sha Allah, akan dipermudahkanNya.
6. Tenang
Macam me mentioned, jangan stress.. tenangkan diri dan cuba lapangkan fikiran. Sakit memang sakit, sakit bersalin tak ada gantinya.. Tapi kita kena cuba lawan sakit tu. Kenangkan anak comel yang bakal lahir.. itu yang me fikir, nak tengok baby cepat-cepat so me kena lahirkan baby cepat-cepat dengan selamat. Alhamdulillah, berkesan =)
7. Air Selusuh / Minyak Selusuh
Ramai yang dah tak amalkan amalan minum air selusuh. Sebenarnya air selusuh ni air biasa saja yang dibacakan bacaan surah terpilih oleh bidan supaya mudah bersalin. Minyak pun sama juga. Minyak masak biasa tu pun boleh. Me buat sapu juga kat perut dan minum sesudu (tak lalu nak telan tapi usahakan juga. Makan VCO lagi mudah hehe)
8. Bertawakal
Lepas dah usahakan semua tips yang me kongsikan ini, paling penting kena berserah kepada Allah. Kita dah usaha, berdoa dan tawakal lah kepadaNya. In sha Allah, Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Minta dengan Allah supaya kelahiran ini dipermudahkanNya
Itulah tips yang me nak kongsi dengan semua. Oh ya, lupa pula nak bagitau.. gambar kat bawah ni gambar Aisya dan Ammar. Keduanya lahir secara normal pada 38 minggu dengan berat 3.15kg dan 3.3kg. Alhamdulillah, keduanya lahir mudah. Tak mengambil masa yang panjang, dan tak ada komplikasi. Walaupun tak ada tanda nak melahirkan, bila jumpa doktor rupanya me dah nak bersalin huhu.. Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk bersalin mudah.. Alhamdulillah =)
Ok semua, semoga perkongsian ini bermanfaat ya (^_^)
Salam Sayang,
Amy
Amy
No comments:
Post a Comment