Wednesday, June 25, 2014

3 Tips Kaki Selembut Kulit Bayi

Kulit kaki mengelupas,  kering dan kasar memang tak selesa kan? Kalau lelaki tak kisah sangat kot.. tapi kalau perempuan? Oh no!

Jom me kongsikan 3 tips untuk lembutkan kulit kaki. Ringkas dan mudah saja tau (^_^)

1. Kurangkan Sabun

Tahukah anda sabun yang berlebihan akan mengeringkan kulit? Penggunaan sabun di kawasan kaki juga secara tidak langsung akan cepat keringkan kulit kaki. Jadi, lebih baik kurangkan penggunaan sabun atau bersabun terlalu lama di kawasan kaki terutama yang kering agar kaki sentiasa lembab secara semulajadi dan segar. 

2. Rendaman Kaki

Amalan merendamkan kaki dengan air garam juga membantu mengurangkan dan merawat kulit mati di kaki. Rendam selama 20 minit dan lapkan kaki sebersihnya. Jika mahu kesan yang lebih baik, gunakan perapi kaki untuk digosok pada tumit dan sekitar jari kaki bagi menanggalkan sel kulit mati. Hasilnya memang kaki dah licin kan?

3. Krim Pelembut

Penggunaannya memang sangat perlu bagi yang mengalami kulit kaki kering. Krim yang paling me suka adalah herbal blend Shaklee. Lembut dan berkesan! Yang penting semulajadi tau. Jika nak cuba krim lain pun boleh. Lotion juga boleh asalkan pelembut. Nak kesan paling optimum gunalah Shaklee. Cubalah dan rasai perbezaannya =)

Ok dah cukup 3 tips mudah dan ringkas ni. Kalau banyak tips susah nak amalkan pun tak jadi juga kan? Hehe..Lepas ni bolehlah diamalkan dan In Sha Allah sangat membantu. Rendaman kaki boleh dibuat seminggu sekali dan pemakaian krim pelembut perlulah berterusan untuk hasil terbaik (^_^)

Selamat melembutkan kaki ya! ;)

Salam Sayang,
Amy

No comments: