Saturday, September 26, 2009

Keriangan Melampau

Seronoknya sepupu2 me ni sambut raya sampai melompat2 =P ni masa dorang datang beraya kat rumah me. At least ada gak la rasa seronoknya raya (sebab dapat berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara yang jauh).

Tapi, tah la.. sejak 2 menjak ni, raya bagi me dah jadi biasa ja. mungkin gak sebab me dah besar kot huhuhu... walau apa pun, Aidilfitri tetap akan memberi maknanya tersendiri saban tahun kan. Selamat Hari Raya lagi skali untuk semua =)

Friday, September 25, 2009

Ikan Haruan Bakar Bara



ikan yang dah disiang dan digaram kunyitkan.. tapi ni belum masuk isi kelapa parut lagi..




Ni bakar bara namanya.. tradisional betul huhuhu..


Dah pun siap =P yang rentung tu sisik ikan, so boleh dibuang ja. kita makan isi ikan dengan inti kelapa parut ja... sedap! ok =)

Wednesday, September 23, 2009

Plain White Ts - 1 2 3 4 I Love You

**** This song is so sweet =P

1,2 - 1 2 3 4
Give me more lovin then i've ever had
Make it all better when i'm feelin sad
Tell me that i'm special even when i know i'm not

Make me feel good when i hurt so bad
Barely gettin mad,Im so glad i found you
I love bein around you
You make it easy, As easy as 1 2,(1 2 3 4.)

Theres only one thing two do three words four you
I love you (i love you)
Theres only one way two say those three words
And that's what i'll do I love you (i love you)

Give me more lovin from the very start
Piece me back together when i fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when i hurt so bad
Best that i've had
Im so glad that i found you
I love bein around you
You make it easy as easy as 1 2,(1 2 3 4.)

Theres only one thing two do three words four you
I love you (i love you)
Theres only one way two say those three words
And that's what i'll do
I love you
i love you (i love you)

You make it easy, its easy as 1234
Theres only one thing two do three words four you
i love you (i love you)

Theres only one way two say those three words
Thats what i'll do i love you (i love you)
I love you i love you
One two three four i love you (i love you)
I love you (i love you)

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya =P



Selamat menyambut aidilfitri kepada semua yang menyambut hari mulia ini.. me mohon maaf zahir dan batin ye.. maklumlah, sebagai manusia biasa, me pun tak terlepas daripada melakukan kesilapan samada sedar atau tak.. Selamat Hari Raya!! =)

Wednesday, September 16, 2009

Kenangan..


kenangan.. kadang-kadang kenangan membuatkan kita rasa gembira bila mengimbaunya.. dan kadang-kadang kenangan tu sangat menyakitkan.. ada apa dengan kenangan? bolehkah bila sesuatu yang menyakitkan menjadi kenangan terindah dalam hidup? me tak nak selamanya kenangan membuatkan me rasa sakit..tapi dah namanya pun kenangan kan.. mesti la terkenang-kenang.. hurm...

Tuesday, September 15, 2009

Dia Untuk Ku ep.akhir


“Riana, Maya kemalangan. Keadaannya dah kritikal!”Adriani mengejutkan Adriana dengan perkhabaran itu. Maya dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk dan keretanya terbabas ketika berada di selekoh. Adriana mengucap panjang.

“Mari cepat kita ke hospital, dik.”Tanpa banyak soal Adriana mengikut sahaja kakaknya itu. Dalam keadaan terpinga-pinga dia hanya sempat mencapai telefon bimbitnya saja. Nasib mereka baik kerana jalan pada malam itu agak lengang.

Kelihatan pak long dan mak longnya menangis hiba sebaik saja dia melangkah ke wad ICU yang menempatkan Maya. Ayah dan ibunya juga turut berada di situ. Matanya turut menangkap sesusuk tubuh yang dikenalinya sedang bersandar pada dinding wad itu. Adriana terpaku apabila diberitahu Maya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Innalillah..

“Riana...”Panggil Dani perlahan. Adriana mendonggak menatap wajah Dani. Mata mereka bertentangan. Dani kelihatan serba salah. “Riana, Dani dah ceraikan Maya.. selama sebulan kami berkahwin Dani tak pernah jalankan tanggungjawab Dani sebagai suami. Dani tak dapat terima Maya sebagai isteri..”

“Riana, akak pun dah tahu cerita sebenar.. bukan salah Dani, dik.. Allah nak tunjuk kebenarannya.. Akak harap Riana fikirlah masak-masak..”Nasihat Adriani.

Ada air yang mengalir dari kelopak mata Adriana. Dia sendiri binggung dengan apa yang sedang berlaku. Walaupun dia dan Maya tidak begitu rapat, namun Maya adalah sepupunya sendiri. Seburuk mana pun Maya, pertalian darah antara mereka masih tetap ada. Kini Maya sudah tidak ada lagi. Adriana tidak tahu apa yang perlu dikatakan saat itu. Dani masih mengharapkan dia kembali. Dan dia juga tidak menafikan masih ada lagi rasa sayangnya kepada lelaki itu. Cuma sekarang bukan waktunya lagi. Dia perlu menghormati arwah Maya. Biarlah segalanya selesai dahulu.

“Riana..?”
“Hurm... ”
“Masih sudikah Riana menjadi teman hidup Dani?”
“Hmm, ya Dani.. tapi bukan sekarang.. maafkan Riana kerana tak beri peluang untuk Dani membuktikan Dani tak bersalah..”
“Dani dah lama maafkan Riana..”

Adriana memanjatkan kesyukuran kerana segalanya sudah terungkai. Pemergian Maya ada hikmahnya. Dia tidak menaruh dendam kepada arwah Maya. Baginya cukuplah segalanya sudah selesai. Dan Dani, sememangnya dia adalah untuk Adriana. Keikhlasan, kejujuran, kesetiaan dan pengorbanan adalah untuk cinta yang sejati.


*****************Hakcipta Terpelihara aVissaWella86********************

Sunday, September 13, 2009

Dia Untuk Ku ep.3


“Dani diperangkap! Dani diperangkap, Riana!”
Berkali-kali suara Dani terngiang-ngiang di telinganya. Adriana memejamkan mata. Wajah Dani jelas kelihatan di ruang mindanya. Kalau benar Dani tidak bersalah bagaimana? Tapi, kalau benar Dani mempunyai hubungan sulit dengan Maya pula bagaimana? Ah, sukarnya mencari kebenaran! Adriana merengus geram. Dia segera mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat.

Lama Adriana berdoa kepada Ilahi agar memberikannya petunjuk dan ketenangan untuk menghadapi musibah yang melanda dirinya. Dia juga tidak lupa untuk berdoa agar kebenaran yang dicari terbongkar di depannya. Hanya Dia saja yang tahu segalanya. Hanya Dia saja yang dapat memberikannya kebenaran yang diinginkan...

Dani menghempas pintu bilik. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Adriana namun talian dimatikan. Dia menghempapkan tubuhnya ke atas tilam. Sesaat kemudian pintu bilik itu dibuka dengan kasar. Tersembul wajah Maya yang masam mencuka.

“You tak serik lagi ke Dani? Buat apa You nak terhegeh-hegeh lagi kat perempuan tu? Apa kurangnya I sebagai isteri you ha? Apa lebihnya perempuan tak sedar diri tu?”Tengking Maya memecahkan keheningan malam.

Dani merengus geram. “Shut up Maya! You yang tak sedar diri. You ingat you berjaya perdayakan I, you akan dapat memiliki I? You silap, I akan sentiasa cintakan Adriana. Tak ada ruang untuk you dalam hidup I!”

“Dani! Walau apa pun, I dah jadi isteri you. I tak akan lepaskan you. Ingat Dani, nasib keluarga you bergantung di tangan I. Biarpun you tak pernah sentuh I, I akan pastikan tak akan ada sesiapa pun dapat memiliki you. Ingat Dani, selagi I hidup I tak akan lepaskan you!”Ugut Maya.

“Hei perempuan, aku akan ceraikan kau! Kau jangan ingat apa yang kau nak kau akan dapat semuanya. Allah itu maha adil. Kau akan dapat balasannya. Huh!” Dani terus meninggalkan Maya dalam keadaan marah. Sakit kepalanya!


Maya melemparkan barang-barang yang ada di atas meja soleknya ke serata bilik tidur. Sudah 3 malam Dani tidak pulang ke rumah. Entah ke mana lelaki itu pergi dia sendiri pun tidak tahu. Telefon bimbitnya langsung tidak dapat dihubungi. Ah, dasar lelaki tak guna! Maya menjerit seorang diri.

Dia mencapai telefon sekali lagi. Nombor telefon Dani didail lagi. Masih tidak dapat dihubungi. Maya menjerit lagi. Entah-entah dia bersama Adriana. Kalau betul Dani bersama Adriana memang sengaja lelaki itu mencari nahas. Bersusah payah dia mendapatkan Dani, tak akan semudah itu untuk dia melepaskan lelaki yang sudah lama diinginkannya selama ini. Dia yang lebih berhak memiliki Dani, bukannya Adriana. Dia yang terlebih dahulu mengenali Dani. Adriana sepatutnya tak menjadi batu penghalang untuk dia mendekati Dani. Tidak sama sekali!
*** Bersambung

Jodoh



Ya Allah, Jika insan ini jodoh ku,
Maka dekatkan lah hati kami berdua...

Jika dia bukan jodohku Ya Allah,
Maka damaikan lah hatiku...
Redhakan lah aku dengan ketentuanMu
Ya Allah.. sesunguhnya Kau maha mengetahui
segalanya...

Saturday, September 12, 2009

Dia Untuk Ku ep.2


Suasana di pusat membeli belah Jusco begitu sesak sekali. Adriana berjalan seorang diri sambil memerhati gelagat orang ramai yang sibuk membeli belah. Sekarang sudah tiba musim perayaan, sebab itulah ramai yang bersesak untuk membeli persiapan raya. Sedang dia memilih beberapa helai pakaian, seseorang melanggarnya dari belakang. Adriana segera berpaling. Jantungnya berdegup kencang apabila matanya menangkap seraut wajah yang sangat dirinduinya.

“Riana?”Hanya itu yang dapat didengarinya. Selebihnya Adriana tidak tahu apa lagi yang diucapkan oleh Dani kerana dia bertindak meninggalkan lelaki itu. Dia sedar Dani mengekorinya dan serentak itu dia membelok masuk ke bahagian pakaian dalam wanita. Fikirnya Dani tidak akan berani masuk ke situ. Adriana lega apabila kelibat Dani sudah tidak kelihatan. Namun di dalam hatinya ada suatu rasa yang sukar untuk ditafsirkan saat itu. Adakah dia gembira bertemu Dani semula? Ah, perasaannya saja.

“Riana tak boleh lari dari Dani.. Dani tahu Riana masih sayangkan Dani kan? Beri peluang pada Dani untuk buktikan yang Dani tidak bersalah Riana.. Please, listen to me first ok?”Laung Dani sebaik saja Adriana keluar dari bahagian pakaian dalam wanita.

Adriana terkejut dengan tindakan berani Dani. Beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua. Dia cuba mempercepatkan langkah namun terasa begitu berat kakinya untuk melangkah meninggalkan Dani. Benar, biarpun hatinya luka tetapi perasaan sayang kepada bekas tunangannya itu melebihi segalanya. Ariana adalah pencinta yang setia, sukar baginya untuk melupakan lelaki itu.

“Tolonglah Riana, Maya perangkap Dani. Dia memang nak rosakkan hubungan kita. Riana sendiri tahu kan dia macam mana? Dani terpaksa kahwin dengan dia sebab ayahnya paksa papa Dani. Mereka kan share partner dalam syarikat tu. Ayah Maya tak nak menanggung malu..”

“Malu? Riana lagi malu tau. Tunang Riana ditangkap khalwat dengan sepupu Riana sendiri. Mana Riana nak letak muka? Dani tak pikir ke perasaan keluarga Riana?”Soal Adriana. Hatinya tiba-tiba saja membara apabila nama Maya diucapkan oleh Dani. Mahu saja dia meninggalkan Dani ketika itu juga namun Dani menghalangnya.

“Dani minta maaf, salah Dani kerana percayakan Maya. Dia perangkap Dani. Tolonglah faham keadaan Dani. Siapa lagi yang nak tolong Dani selain Riana sendiri? Sebelum majlis tu Dani dah cuba hubungi Riana tapi Riana tak jawab. Dani diperangkap, Riana!”Ucap Dani mengharapkan simpati Adriana.

“Sudahlah Dani, Riana dah tak boleh nak buat apa dah. Kepercayaan Riana pada Dani dah hilang. Riana tak boleh nak kusutkan lagi keadaan. Cukuplah dengan sindiran dan umpatan yang keluarga Riana terima. Dani, tolonglah lepaskan Riana.. Dani dah ada Maya..”

“Dani tak ada perasaan pada Maya! Dani tak cintakan Maya! Kenapa Riana tak percayakan Dani? Malam tu Maya datang ke rumah Dani ketika Dani sedang tidur. Dia kata nak bincangkan hal berkaitan Riana. Tapi Dani tak sedar ketika itu hanyalah muslihat dia. Dani diperangkap Riana!”Suara Dani merintih.

Adriana bingung. Antara percaya dan tidak dia dapat melihat kesungguhan Dani untuk menyakinkannya. Tetapi itu mungkin juga kerana dia masih sayangkan Dani, jadi hatinya menjadi lembut dan simpati kepada lelaki itu. Walau apa sekalipun, hakikatnya Dani sudah menjadi suami Maya. Adriana semakin bingung.
*** Bersambung

Dia Untuk Ku.. ep.1


Adriana menangis pilu. Beberapa helai tisu berselerakkan di atas katilnya. Suaranya teresak-esak jelas kedengaran. Ah, pedulikan mata yang memandang! Pedulikan telinga yang mendengar, pedulikan mulut yang becok berbicara! Mereka semua tidak memahami keadaannya ketika itu. Mereka hanya melihat, bukan merasa derita yang ditanggungnya saat itu. Adriana menjerit di dalam hati.

Setelah dia berasa agak tenang barulah dia mula bersuara. Ketika itu ayah, ibu serta dua orang kakaknya menjadi pendengar setia. Kalau tadi semuanya bersuara namun kini masing-masing membisu seribu bahasa. Adriana menjadi tumpuan mata dan telinga mereka.

“Riana malu ibu.. Riana malu sangat! Dia tipu kita bu..”Suara Adriana serak menuturkan kata-kata itu. Pn. Hayati memeluk bahu anak bongsunya itu. Perlahan-lahan dielus rambut ikal Adriana. Tuan Adzim hanya menjadi pemerhati. Adriani dan Adrian pula saling memerhati antara satu sama lain. Ada kekesalan yang timbul di hati mereka namun segalanya sudah terlambat.

“Riana, sudah lah tu.. ibu faham perasaan Riana. Tapi Riana mesti sedar, sedalam mana pun cinta Riana pada Dani, kesudahannya kita semua sedia maklum. Dani sudah bernikah semalam Riana.. semuanya dah berakhir”Puan Hayati cuba memujuk.

“Betul tu, ayah tak nak Riana ungkit lagi pasal Dani. Ayah mengaku salah ayah jodohkan Riana dengan Dani, tapi ini dah takdir Riana, kita tak boleh melawannya. Ayah nak Riana jadi seperti Adriana yang dulu, kuat dan ceria..”Kata Tuan Adzim.

Adriana mencapai gambarnya bersama Dani yang diletakkan di atas meja kecilnya. Jarinya pantas mengeluarkan gambar tersebut dan melemparkannya sejauh mungkin. Dani penipu, Dani curang dan yang paling menyakitkan Dani sudah bernikah dengan sepupu Adriana sendiri. Dugaan apakah ini? Setelah sekian lama pintu hatinya tertutup buat insan bernama lelaki, Dani muncul dan berjaya mendapat tempat di hatinya. Mereka sudah pun mengikat tali pertunangan selama setahun. Namun kini segalanya musnah. Dani penipu!

*** Bersambung

Thursday, September 10, 2009

PussyCatDolls - Hush Hush

I never needed you to be strong
I never needed you for pointing out my wrongs
I never needed pain, I never needed strain
My love for you is strong enough
you should have known

I never needed you for judgment
I never needed you to question what I spent
I never ask for help, I take care of myself
I don't why you think you got a hold on me

And it's a little late for conversations
There isn't anything for you to say
And my eyes hurt, hands shiver
So look at me and listen to me because

I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby, hush hush

I never needed your corrections
On everything from how I act to what I say
I never needed words, I never needed hurts
I never needed you to be there everyday
I'm sorry for the way I let go

From everything I wanted when you came along
But I am never beaten, broken not defeated
I know next to you is not where I belong
And it's a little late for explanations

There isn't anything that you can do
And my eyes hurt, hands shiver
So you will listen when I say, baby
I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby, hush hush

No more words, no more lies
No more cryingNo more pain, no more hurt
No more trying because
I don't want to stay another minute
I don't want you to say a single word
Hush hush, hush hush, there is no other way
I get the final say because

I don't want to do this any longer
I don't want you, there's nothing left to say
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby hush hush
Hush hush, hush hush, I've already spoken
Our love is broken, baby

Tuesday, September 8, 2009

shopping.. Arghhhhh!!!


Kenapa.. kenapa dan kenapa me suka sangat shopping?? huhuhu.. adakah ini sintom-sintom shopaholic?? selalunya kalau nak beli barang, akan ada ja barang2 yang tak sengaja nak dibeli jugak. buat listing? me dah slalu dh list barang2 nak beli, tetap sama. bawa duit cukup2? well, pernah me gi Tesco, me bawa RM50 ja dan memang cukup2 abis RM50 itupun termasuk barang yang takde niat pun nak bli huhuhu!


Mungkin sebab ada kuasa membeli (bak kata seorang kawan me) so me dengan senang hati la menghabiskan duit. tapi me nak jadi pengguna yang berhemah ni.. help me huhuhu =( Semalam pergi Wakaf Che Yeh.. me memang niat nak beli tudung pun.. tapi kuantitinya memang tak plan. sekali tengok mana yang berkenan me amik. lama gak la berpusing-pusing tengok tudung yang membuatkan me taktau nak beli yang mana satu. Lastly, me beli sehelai tudung kaler putih, tudung krim dengan tudung pink. sehelai lagi tudung manik kaler hitam untuk mak.

Balik rumah me total up memang tak lari budget lagi tapi banyak jugak berhabis dalam keadaan me yang tak plan nak membeli sangat. adeh... ini belum shopping baju lagi nih..huhuhu.. mak... tolong!!!! =(

Sunday, September 6, 2009

Melawat

Hari ni seharian me melawat 'anak angkat' me. hehe.. actually, dorang ni usahawan bimbingan jabatan, so dikira anak angkat la. sekarang ni me kena ambik alih tugas-tugas untuk memantau dorang. so kena la berkenalan dan melawat dulu kan? tak kenal, maka tak tahu hehehe =P

Me suka la dengan semangat dorang ni (bagi yang betul2 berusaha ok) sebab nya memang berbaloi apa yang dorang usahakan. contohnya, ni gambar kilang keropok lekor salah seorang anak angkat (merupakan seorang ibu tunggal yang agak berusia) yang me melawat. kilangnya tak la besar sangat tapi dia punya income.. fuhh..

dahtu, dia ni seorang yang very simple ja, kalau tengok ingatkan dia pekerja kat kilang tu sebab dia pakai kain batik ja (sebab jaga duit only). pastu ada lak kereta Grand Livina sebijik siap dengan pemandu. memang me respect la pengusaha macam ni..

hurm.. bila lak me nak buat bisness sendiri ek??? huhuhu

Friday, September 4, 2009

Doa...

Jika doa mu dimakbulkan, tanda Allah menyayangi mu..
Jika doa mu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin mengujimu..
Jika doa mu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik untukmu..

Wednesday, September 2, 2009

Inilah Namanya Jodoh ep. akhir


“Apa hal sebenarnya ni?” Tiba-tiba saja terpacul soalan itu daripada mulutku. Mama kelihatan agak terkejut dengan reaksi tegangku. Begitu juga dengan Datin Fauziah. Masing-masing memandangku meminta penjelasan. Aku yang sepatutnya diberi penjelasan. Aku betul-betul binggung!

“Rhea... saya Rizman..”
“Tapi awak kan Hafiz? Senior saya semasa sekolah dulu?” Potongku laju. Mama dan Datin Fauziah sudah mula resah menyaksikan drama tak bertajuk di antara kami berdua.
“Saya Rizman Hafiz...”

Serentak itu aku terus berlari menuju ke dalam rumah. Rupa-rupanya selama ini Rizman adalah Hafiz? Jadi dia sudah mengenaliku dan selama ini sanggup pula dia menipuku! Mama memanggilku dan turut bergegas menuruti langkahku yang laju memanjat anak tangga.

“Rhea! Kenapa buat macam ni? Kan ramai tetamu kat bawah tu?” Marah mama sambil menarik tanganku. Langkahku terhenti.
“Dia tipu Rhea, mama! Selama kami berkawan dia langsung tak pernah perkenalkan dirinya sebagai Hafiz pun. Bukan dia tak kenal Rhea. Sengaja dia nak mempermainkan Rhea!” Bentakku kepada mama.

Ketika itu Kak Rini datang diikuti oleh Rizman di belakangnya. Aku cuba melarikan diri tapi mama terlebih dahulu menangkap tanganku. Aku merengus geram. Rizman sudah berdiri di hadapanku, betul-betul mengadapku. Ketika itu barulah mama dan Kak Rini meninggalkan kami berdua. Aku cuba berpaling namun Rizman sudah bersedia untuk menghalangku.

“Maaf, Rhea.. Rizman dan Hafiz adalah orang yang sama. Tapi perasaannya berlainan. Masa di sekolah, saya hanya menjadi peminat setia awak. Tapi saya tak berani untuk meminta lebih. Bila saya sudah mula bekerja dan umur pun semakin meningkat, ibu melamar seorang gadis untuk saya. Betul, saya tak tahu pada mulanya awak adalah gadis itu. Ibu ada bagi saya sekeping gambar awak tapi saya langsung tak terasa untuk melihatnya sehinggalah pada malam awal call saya.. perasaan saya berubah ketika itu, Rhea. Saya ingin memiliki awak sepenuhnya, bukan sekadar meminati..” Terang Rizman panjang lebar.

“Tapi awak menipu saya!” Bentakku. Walaupun aku marah dengannya, namun sedikit sebanyak penjelasan Rizman membuatkan aku lega.
“Sebab saya tak nak awak terima saya sebagai orang lain. Saya nak awak terima saya sebagai Rizman, orang yang melamar awak. Tahu tak saya terseksa bila tak dapat mendengar suara awak? Saya dah nekad, apa jadipun kita akan berkahwin..”
“Awak tak boleh paksa saya! Saya tak nak kahwin dengan awak..” Potongku laju walaupun hatiku sudah mula berlagu riang mendengarkan kata-katanya itu.

Rizman merenung mataku tanpa berkedip. “Mama awak dah pun terima pinangan saya. Malam ini majlis kesyukuran sempena pertunangan yang bakal kita langsungkan minggu depan, Rhea..”
Aku tersentak. “Minggu depan? Kenapa cepat sangat?” Laju saja bibirku menuturkan kata-kata itu.

Rizman ketawa mendengarkan kata-kataku. Aku menepuk dahi. Baru aku perasan yang aku telah melakukan kesilapan besar. Konon tak nak kahwin dengan Rizman, tapi bila sebut nak bertunang cepat pulak aku respon! Aduh!

“Dahlah, princess... jangan merajuk.. kita kawin ek? Nak tak? Nak la..”
“Tak nak.. sapa nak kawin dengan awak?” Sengaja aku ingin menutupi kesalahanku tadi. Sebenarnya aku sudah mula menerima kehadiran Rizman sewaktu kami mula-mula berkawan, cuma aku begitu takut untuk berdepan dengannya. Aku takut kalau-kalau aku dipermainkan oleh insan yang bernama lelaki.

“Kita kawin ek?” Rizman merenungku mesra.
“Tak nak lah. Sapa nak kawin dengan awak?” Ulangku sengaja mahu mengenakannya.
“Awak la kawin dengan saya.. ok? Ok, setuju! Saya nak jumpa mama awak sekarang jugak!”

Tanpa sempat aku menghalang Rizman telahpun menuruni anak tangga untuk mendapatkan mama dan ibunya. Aku tersenyum sendiri. Kalau inilah jodohku, aku akan terima seadanya. Rupa-rupanya lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku suatu ketika dahulu adalah lelaki yang bakal bergelar suamiku kini. Semoga hidupku bahagia di samping Rizman. Inilah namanya jodoh.. kalau sudah ditentukanNya, tak kan lari gunung dikejar..

****************** Hakcipta Terpelihara aVissaWella86 *****************

Tuesday, September 1, 2009

Inilah Namanya Jodoh ep.4


“Assalamualaikum, princess.. tengah buat apa?” Suara rizman kedengaran di hujung talian. Aku baru saja hendak melelapkan mata. Petang-petang begini bila tak ada kerja yang hendak dibuat mulalah nak membuta saja. Lagipun semua projek aku sudah selesai, Cuma tunggu masa untuk Majlis Konvokesyen saja. Tak sabarnya aku!

“Princess?” Panggilnya perlahan. Alamak, terlupa pulak aku nak menjawab salamnya. Sibuk berangan punya pasal.
“Walaikumsalam.. Rhea baru nak tidur lah.. Riz ni kacau daun ja.. ” Balasku malas. Dia ketawa mendengar suaraku yang bernada malas.
“Hish, anak dara tak baik tidur petang-petang macam ni lah. Keluar nak?” Ajaknya.
“Keluar apanya?”
“Keluar dating la.. jom lah Rhea... Riz nak sangat jumpa Rhea..”
“Ha? Awak jgn nak buat kerja gila riz. Saya tak nak jumpa awak lagi..” terkejut aku dibuatnya. Tiba-tiba saja ajak keluar, macam nak luruh jantungku.
“Sampai bila Rhea? Dah lama kan kita berkawan. Dah dekat 3 bulan kan? Ibu pun dah mula bising suruh bawak awak datang rumah. Bila family saya datang rumah awak, awak pulak menghilang. Sampai bila, Rhea?”

Aku mengeluh perlahan. Inilah yang paling aku tidak suka. Rizman cuba untuk mendesakku. Bukankah aku sudah menjelaskan dari awal lagi yang aku tidak suka dipaksa? Kenapa dia tidak faham-faham lagi, aku belum bersedia untuk bersua muka dengannya. Aku akui aku sudah mula menyenangi Rizman dari cara dia melayaniku di telefon, namun untuk berdepan dengannya aku masih belum cukup bersedia.

“Sampai bila?” Soalnya apabila aku hanya mendiamkan diri.
“Sampai saya sudah bersedia..” Balasku pendek.
“Bila awak akan bersedia?” soalnya lagi. Aku mengeluh perlahan.
“Rizman tolonglah faham. Antara kita masih ada jurangnya.” Aku sangat-sangat berharap Rizman tidak akan menimbulkan lagi isu itu namun aku hampa. Dia masih mahu meneruskan niatnya.
“Saya belum bersedia lagi Riz. Tolong jangan paksa saya. Kalau awak dah jemu menunggu saya, awak batalkan saja lamaran tu..” Lancang saja mulut aku menuturkan kata-kata itu.

Rizman mendengus marah. Aku tahu dia tak suka mendengar kata-kataku itu. Sudah beberapa kali dia berpesan bahawa hubungan aku dan dia yang terjalin sebagai kawan itu bukanlah berdasarkan lamaran keluarganya. Dia ingin aku menerimanya tanpa memikirkan lamaran yang telah dihantar oleh keluarganya itu. Aku betul-betul buntu dengan apa yang terjadi. Sedangkan inilah rancangan awalku untuk menyakitkan hatinya.

“Riz... Rhea.. Rhea...” kata-kataku mati apabila Rizman memutuskan panggilan. Rizman marah ke? Aku mula rasa bersalah. Namun apabila memikirkan rancanganku yang hampir berjaya aku mematikan niatku untuk menghubunginya semula. Biarlah Rizman mendapat calon isteri yang lebih baik daripadaku, itu doaku.
***
“Rhea, dah siap ke kari ayam tu?” Mama menyapaku dari belakang. Aku hanya mengganggukkan kepala. Hari ini aku terpaksa menolong mama menyiapkan makan malam. Ada tetamu katanya. Entah siapa pun aku tak tahu yang pasti ramai juga yang dijemput mama. Biarlah, malas aku hendak ambil tahu.

Loceng pintu berbunyi. Cepat-cepat aku berlari membukakan pintu pagar utama. Kak Rini dan abang Faris pun datang? Majlis makan malam keluarga ke yang mama buat ni? Aku bersalaman dengan mereka dan terus mendukung Marissa, anak sulung kak Rini yang baru berusia 2 tahun. Puas pipi Marissa aku cium sehingga budak itu menangis-nangis minta dilepaskan.

“Kahwinlah cepat Rhea, boleh dapat anak sendiri..” Tegur Kak Rini. Aku terasa dengan kata-katanya. Entah mengapa aku begitu sensitif sejak kebelakangan ini. Kawan-kawanku juga menegurku kerana aku agak emosional. Aku terus berjalan laju memanjat anak tangga sebaik saja meletakkan Marissa di pangkuan Kak Rini.

Sebenarnya fikiranku agak rungsing sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara Rizman! Selepas dia memutuskan panggilan 2 minggu yang lepas langsung dia tidak menghubungi aku. Mungkin dia betul-betul marah denganku. Dan aku pula tidak menghubunginya kembali kerana ingin meneruskan rancanganku. Namun sekarang aku pula yang tidak keruan. Asyik membelek telefon kalau-kalau ada mesej daripada rizman. Sudah gila bayangkah aku? Sedangkan aku juga yang hendak menjauhkan diri daripadanya.

“Ya Allah, budak ni! Bangunlah dah nak masuk isya’ dah ni. Maghrib mesti tuang ni!” Kak Rini mengejutkan aku dari tidur. Baru aku sedar, selepas Asar tadi aku melayan perasaan sehingga tertidur. Nasib baik aku uzur. Aku terus memeluk Marissa yang memanjat katil dan menyandar pada tubuhku.

“Risa dah mamam? Sayang ucu sikit.. tak payah kawan dengan mama.. ” Kataku sambil membiarkan Marissa mencium pipiku. Kak Rini yang sedang bersiap membaling bantal kecil ke arahku. Sempat aku menepisnya dengan tanganku.

“Bangunlah Rhea, orang dah ramai kat bawah tu dia sedap-sedap tidur! Nanti apalah kata jiran, anak dara Puan Salmi dan Tuan Rizal ni pemalas sangat, bangunlah!” Gesa kak Rini. Aku hanya mencebik sambil bangun membetulkan rambutku yang mengurai. Inilah kelebihanku, mempunyai rambut ikal yang panjang dan mengurai tanpa sebarang masalah. Ramai yang memuji aku persis seorang model iklan syampoo. Yelah tu!

Aku mencapai sepasang baju kebaya moden berwarna biru lembut. Selesai mandi aku segera bersiap-siap setelah mama pula yang masuk ke bilik untuk memanggilku. Mengapa sibuk benar mereka hari ini? Ramai sangat ke tetamu yang datang? Majlis apa sebenarnya ni? Pelik, aku sendiri pun tak tahu. Salah aku jugak kerana tak nak ambil tahu. Selesai berdandan aku segera turun ke bawah. Boleh tahan ramai jugak tetamu. Patutlah sibuk benar!

Beberapa pasang mata memandangku ketika aku berlalu ke dapur. Mama yang melihatku terus memanggilku ke arahnya. Kak Rini pula sedang sibuk menghidangkan makanan kepada para tetamu.
“Ma, majlis apa ni? Kenapa tak bagitau Rhea?” Bisikku kepada mama.
“Tulah, orang suruh bersiap awal-awal dia tidur. Mama buat majlis kesyukuran sikit. Dah, pergi tolong kak Rini hidangkan makanan pada tetamu di luar tu. Jangan malas!” Pesan mama sambil mencubit pipiku.

Kenduri kesyukuran? Ikhs, mama ni nak buat kenduri tak bagitau awal-awal. Aku menghampiri kak Rini dan menolongnya mengangkat dulang ke depan. Baru saja aku meletakkan dulang ke atas meja, mataku dapat menangkap sesusuk tubuh yang sedang berdiri di tepi kolam sambil menjawab panggilan telefon. Aku seperti mengenali lelaki itu. Perlahan-lahan aku memberanikan diri menghampiri sesusuk tubuh yang sedang membelakangiku itu.

“Assalamualaikum...” Sapaku perlahan. Lelaki itu berpaling. Jantungku berdegup kencang. Nafasku tersekat-sekat. Benarkah apa yang aku lihat sekarang?
“Hafiz? Apa awak buat kat sini?” Soalku kepada lelaki itu. Lelaki itulah yang pernah aku minati ketika usiaku belasan tahun. Ah, cinta monyet!
“Erkk, Rhea? Saya dijemput ke sini. Well, ini rumah awak?” Dia kelihatan malu-malu. Mungkin dia juga sama sepertiku. Dulu kami saling meminati namun masing-masing malu untuk berterus- terang sehinggalah dia berpindah ke sekolah lain. Lagipun usianya adalah 2 tahun lebih tua dariku. Jadi kami hanya meminati dari jauh sahaja.

“A’a.. awak dah makan?” Aku sebenarnya berasa kaget untuk berbicara dengannya pada saat ini. Sudahlah di tepi kolam, berdua-duaan pula tu. Apa pula kata tetamu-tetamu lain yang sedang melihat.
“Erk, belum. Tak apa sekejap lagi saya makanlah. Hurm, Rhea.. awak nampak cantik malam ni..” Pujinya. Aku betul-betul terperanjat beruk! Inikah Hafiz yang sangat pemalu pada perempuan ketika zaman remajanya? Seperti tidak percaya pula aku mendengar pujian Hafiz.
“Well, awak pun dah makin handsome sekarang.. seri la..” Kami ketawa mesra. Dia sememangnya mempunyai raut wajah yang tampan dan suara yang romantik, boleh cair perempuan yang memandangnya.

Ketika sedang asyik berbual, entah bila masanya tiba-tiba mama muncul di belakangku. Yang membuatkan aku lebih terkejut Datin Fauziah pun ada sekali bersamanya. Aku bersalaman dengannya sebelum aku meminta diri untuk melayan tetamu. Namun mama menghalang, katanya ada hal yang hendak dibincangkan bersama.

“Kenapa Rhea nampak kurus ni? Rizman ada buat something yang Rhea tak suka ke?” Tanya Datin Fauziah. Kenapa nama Rizman yang disebutnya ketika ini? Sedangkan sudah 2 minggu lelaki itu menghilang. Ah, biarkanlah dia. Memang itu yang aku mahu pun.

“Tak adalah auntie, Rhea sibuk sikit. Maklumlah, dah final year master. Auntie sorang je? Uncle mana?” Soalku sekadar berbasi-basi. Sedaya upaya aku cuba untuk tersenyum mesra. Mama pula sejak tadi hanya diam tetapi tersenyum-senyum penuh makna. Geram betul aku kalau mama buat perangai begitu. Mesti ada sesuatu yang dirancangnya.

“Mana ada sorang, ni hah si Rizman pun ada sekali... ha, Riz dah berbincang dengan Rhea dah?” Tanya Datin Fauziah sambil menghalakan pandangan ke arah Hafiz. Rizman? Aku terkedu. Apa semuanya ni? Aku terasa seperti hendak pitam. Betulkah apa yang aku dengar?
“Erkk, belum lagi ibu. Riz baru nak berbual-bual dengan Rhea Azalia..” Kata-kata itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapanku itu adalah Rizman. Tapi, bukankah itu Hafiz?

*** Bersambung