Friday, April 2, 2010

kebahagian yang abadi

kebahagiaan yang abadi..

sukar untuk dicari, tapi memerlukan sesuatu yang dinamakan pengorbanan. kebahagiaan yang berkekalan juga memerlukan kerjasama dari kedua2 pihak atau lebih senang kalau me cakap sebagai 'give and take'.

pengorbanan utk bahagia? ya.. sesuatu untuk dikorbankan tak kira la dalam apa bentuk sekalipun. mungkin perasaan, mungkin gak harta benda atau mungkin juga kebahagiaan itu sendiri.

bila kita dah rasa kita bahagia, cuba tanya diri sendiri.. cukup bahagiakah kita? sampai bila kebahagiaan ni akan kekal? kalau dah mula pudar, selidik la apa yang perlu kerana kebahagiaan pun perlu diselenggarakan, perlu maintain. sekali sekala memang akan goyah juga. di sini lah perlunya 'give and take' tadi.

jika tak dapat juga untuk dipulihkan, itu bermakna kebahagiaan yang sementara. mungkin perlu untuk mencari kebahagiaan yang abadi. dan pengorbanan tadi sebagai permulaan untuk kebahagiaan yang abadi..

**** apa yang me merapu nih entah??? huhu..


Friday, March 26, 2010

selamat kembali

Alhamdulillah, selamat menghabiskan kursus 2 minggu dengan jayanya.. (jayanya tu lepas dapat result exam nanti baru betul) huhu..rindu sangat dengan my blog.. rindu dgn FB hehe.. well, selamat kembali =P

Saturday, March 6, 2010

“Test market”

Seringkali apabila seseorang itu merasakan dirinya punya daya tarikan atau “masih laku” maka secara semula jadi akan bermula lah episod untuk “test market”. Korang mesti paham la istilah ni. Boleh dikatakan perkara ni dah jadi trend dan normal di kalangan masyarakat. Tak kira lelaki mahupun perempuan.

Kenapa ek benda macam ni nak dibuat? Adakah bosan? Adakah suka-suka? Ataupun memang sifat yang sukar untuk dielak? Baik lelaki ataupun perempuan yang sudah mempunyai pasangan, masih berkeinginan dan cuba untuk “test market”. Memang la tak semua nak buat macam ni.. tapi maaflah, selalunya lelaki yang sering “test market” ni.. betul tak?

Walau apapun alasannya, lebih banyak buruk dari yang baik.. ok, kadang2 dari “test market” tu mungkin kita akan dapat yang lebih baik atau pun yang ok. Tapi itu jika niat kita memang nak cari yang better. Macam mana pula yang saja suka2 nak “test market” untuk tengok kebolehan diri atau lebih teruk untuk mempermainkan orang lain? Lagi-lagi teruk jika sudahpun mempunyai pasangan yang sah (suami atau isteri), tapi masih nak “test market” sebab nak tau masih power ke tak untuk mengayat.

“Please, please, please, kamu jangan nakal!”

Percaya tak dari kenakalan tu akan jadi sesuatu yang huru-hara? Dari suka-suka, kemudian jadi serba-salah, kemudian mula la nak diluah mati ayah..nak ditelan mati mak. Kemudian? Akan ada yang terluka. Tambah-tambah yang jadi mangsa “test market”.. macam dalam cerita SYURGA CINTA tu.. asalnya dari cabar mencabar ja.. kemudian ada hati yang terluka.. Tak mustahil akan timbul penyesalan..tapi tak semuanya akan berakhir dengan baik kan?

Sebaiknya fikir dulu sebelum bertindak.. setiap perbuatan ada balasannya. Jangan menyesal di kemudian hari. Kalau nasi dah jadi bubur.. pikirlah sendiri! =)

Monday, March 1, 2010

Kerana Aku Seorang Wanita



Aku seorang wanita..
zahirnya kau lihat aku ketawa..
kau lihat aku gembira..
malah tawa riang sentiasa bersamaku..

Namun, ada masanya aku juga bersedih..
kau tak lihat aku menangis..
malah tangisku sengaja aku diamkan..

Sedarkah bahawa aku hanya seorang wanita?
Yang hati kecilnya terlalu rapuh..
Sedikit saja kau guris tapi kesannya berpanjangan?

Sedarkah bahawa sekeras-keras hatiku sebagai wanita..
Jauh di sudut hati itu telah diciptakan naluri yang penuh kelembutan?

Aku seorang wanita..
Keikhlasan dan ketulusan itu lumrahnya..
Tak perlu diragukan lagi..
Apa yang lahir dari kataku itulah gambaran hatiku..
Tapi kenapa perlu kau menyangkal?

Dengar kataku.. bicara padaku..
Kerana aku seorang wanita, fitrahnya aku sebagai wanita..
Dalam setiap kelembutan itu ada kekerasan..
Dan di sebalik kekerasan itu tersembunyi kelembutan..

Kerana aku seorang wanita…

***** aVissaWella86****

Thursday, February 25, 2010

Ke sana Ke Sini

Pekan Padang Besar, Thailand


Mercu Tanda Langkawi

Alhamdulillah.. walaupun minggu nih bz sangat, banyak benda gak yang me dapat selesaikan. Bermula dengan ke Tok Bali untuk lawatan pendaratan ikan, kemudian kursus di Langkawi selama 4 hari, dan sekarang berada di kampong (perlis) untuk 3 hari.

Masa kat Langkawi tu sempat juga la berjalan-jalan. Dah lama me tak gi sana.. rasa rindu lak kenangan masa zaman muda remaja berjalan-jalan kat Langkawi huhu.. tapi disebabkan masa yang terhad tak dapat la nak gi semua tempat-tempat yang menarik.. sempat gi naik kereta kabel ja pun. Jadi la daripada tak gi mana2 kan =P

Tadi petang lak me ikut abg me ke Thailand untuk ambil barang (beliau seorang peniaga) so me apa lagi, amik kesempatan la hehe.. Bila decide ja nak pergi Thailand, me pun trus gi buat Boarder Pass yang menjadi keistimewaan kepada penduduk di Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan untuk pergi ke seberang sempadan dan ke Thailand tanpa menggunakan passport.

Sampai ja seberang, kakak ipar (merupakan orang kelahiran Laos) terus bawa me gi shopping kat kedai yang dia selalu gi. Dengan kelebihan dia yang fasih bercakap menggunakan bahasa Thailand, me pun dapat la shopping dengan sesuka hati huhu.. tauke kedai kat sana boleh tahan ramah mesra la jugak. Masa me berjalan tu dorang tegur me dalam bahasa Thailand. Ingat me orang sana kot huhu.. nasib baik la me tahu sikit2, so me pun layan ja la hehe..

Sedar tak sedar, kitaorang pusing2 dah dekat 5 jam berlalu. Tengok jam dah dekat Maghrib dah pun. Kaki pun dah tak larat nak jalan dah. So kitaorang pun berangkat balik ke Malaysia (macam jauh sangat ja hehe). Habis kisah minggu nih.. minggu kedua Mac (13-25hb) me ada kursus di Pulau Sayak pulak. Berjalan lagi la nampaknya =P