Apa itu suka? Apa itu serasi? Yang pasti, suka dan serasi adalah 2 perkara yang berbeza. Korang mungkin pernah sukakan seseorang tetapi pernah tak korang terpikir adakah korang serasi dengannya?
Cuba teliti situasi ini:
1. Pilih seseorang yang kita ada perasaan suka tapi tak berapa nak serasi
2. Pilih seseorang yang serasi dengan kita tapi tak ada perasaan suka sangat
Perasaan suka tu mungkin lahir dari sifat atau ciri fizikal yang ada pada seseorang tu. Suka juga mungkin kerana kita tertarik padanya disebabkan memiliki apa yang kita mahukan. Dari perasaan suka ni mula la akan lahir perasaan2 lain seterusnya.. korang pun boleh agak kan. Tapi serasi tu pulak adalah kesesuaian, kesepadanan atau lebih senang harmoni. Ini termasuk la dari segala segi dan aspek samada perasaan, perhubungan, perbuatan atau perlakuan.
Bagi me, keserasian tu penting.. bukan senang untuk lahirnya keserasian ni. bak kata orang putih 'chemistry' tu.. kalau tak serasi pun susah gak.. perasaan suka dan sayang tu boleh dipupuk kan.. tapi keserasian? serasi ni bukannya boleh dibuat2.. ia datang sendiri. kita akan tau kita serasi bila kita selesa dan berasa senang dengannya..
Bak kata member me si Ekei "keserasian will make both of u look good and picture perfect, keserasian gak akan buat komunikasi akan jadi lebih berkesan, apa2 urusan mudah nk setelkan.. keserasian boleh menghilangkan perasaan jemu/bosan. in short, keserasian = great fun" =)
Tapi ramai yang salah paham antara suka dan serasi, dan ramai yang memilih apa yang disukai terlebih dahulu. Biasa la, bila hati dah suka ni semua benda pun dah jadi blur kan? Jadi, ramai yang akan end up dengan perpisahan yang alasannya 'Tidak Serasi". Sedangkan dari mula lagi aspek keserasian ni memang tak dititikberatkan pun..
Jadi, sebelum membuat apa2 keputusan lebih elok sekiranya korang berfikir sejenak dengan tindakan yang akan korang nak ambik. Buat la pilihan yang terbaik untuk diri korang.. sukai lah seseorang yang serasi dengan korang =)
2 comments:
serasi itu sensasi yeh!
:D
yup, serasi itu sensasi, tapi sensasi kadang2 xleh jadi serasi =P
Post a Comment