Saturday, May 31, 2014

10 Tips Luka Episiotomi Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

 Ngeri tak kalau bersalin normal tapi luka Episiotomi yang agak teruk dan banyak jahitan? Itu pengalaman me semasa kelahiran anak yang pertama. Tapi jangan risau.. tak semua ibu bersalin akan mendapat luka yang teruk.. kadang-kadang luka sikit saja. Walaupun sikit tetap kena jaga juga tau. Jadi kali ni me nak kongsikan 10 Tips Luka Episiotomi (luka bersalin) cepat sembuh. Jom baca lagi =)

**********************

10 Tips Luka Episiotomi (luka bersalin) cepat sembuh

1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering terutama selepas setiap kali membuang air kecil atau mandi

2. Pastikan kawasan luka bersih kerana darah nifas dan urin boleh menyebabkan jangkitan kuman

3. Boleh amalkan rendaman air garam yang dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut

4. Pastikan tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat

5. Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana tekanan akan menyebabkan luka lambat sembuh

6. Elakkan memakan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah

7. Amalkan senaman Kegel untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka

8. Amalkan penggunaan bantal berbentuk bulat untuk menampung belakang badan bagi mengurangkan tekanan

9. Pemakaian seluar dalam yang menyerap peluh dapat mengelakkan kelembapan di kawasan luka 

10. Amalkan Set Bepantang Shaklee. Zink complex dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka manakala Ostematrix dapat membantu mengelakkan sembelit.

Selain itu, Ibu-ibu berpantang sangat disarankan untuk mengambil set ini sepanjang tempoh berpantang untuk kesihatan dan kecergasan setiap hari. Bonus untuk ibu, set ini juga boleh diteruskan untuk tempoh menyusu. Jimat kan?

Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi kami segera.  Jom amalkan Set Berpantang Shaklee untuk kecergasan sepanjang hari =)

#sayajualshaklee #shakleeputrajaya #setberpantang


Friday, May 30, 2014

Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Shaklee

Salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat adalah dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Usaha dan tawakal kepada Allah, In sha Allah berhasil. Pengambilan set ini juga perlu konsisten dan jangan berputus asa. Hubungi kami untuk konsultansi lanjut. Shaklee sentiasa semulajadi dan selamat =)

#sayajualshaklee #shakleeputrajaya #setkesuburan #hamil

Thursday, May 29, 2014

Perubatan Alternatif Homeopathy

Perubatan Alternatif Homeopathy

Sejak Ammar keluar wad, me memang cuba jaga dia sebaiknya. Makan minum dia, ubatnya, persekitarannya. Jadual Ammar pun padat dengan follow up saja huhu..

Selain rawatan perubatan hospital, Me dan Hubby bawa anak-anak untuk rawatan Homeopathy. Baru pertama kali cuba.. Kami ke Pusat Rawatan Homeopathy Hassan yang terletak di PKNS Bangi untuk cuba rawatan ni.

Alang - alang nak cek Ammar, me minta Aisya pun cek sekali. Lagipun dorang ni kalau demam mesti berjangkit. Lepas jumpa Dr (H) Hassan tu Aisya dan Ammar dapat ubat putih biji macam gula-gula tu. Alhamdulillah dorang pun suka ja dengan 'vitamin' biji putih ni hehe.. me cakap vitamin so dorang nak la makan.. tapi rasanya manis tu yang ok kot.

Hari ni dah masuk 3 hari dorang amalkan Homeopathy ni.. sejam sekali makan sebiji.  In sha Allah, semoga usaha kami ni berhasil =)

Wednesday, May 28, 2014

Multivitamin Terbaik - Vitalea Shaklee

Siapa belum pernah makan supplemen? Tak tahu nak pilih supplemen yang mana satu?

Jom mulakan dengan multivitamin terbaik - Vitalea Shaklee yang lengkap untuk keperluan vitamin harian. Khasiatnya untuk keseluruhan badan. Anda tak perlu risau lagi jika terlupa nak makan vitamin lain =)

Sangat sesuai untuk yang sibuk dan tak sempat nak makan kerana Vitalea akan membantu menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Tak rugi pun kan? Jom amalkan multivitamin ni, berbaloi! =)

#sayajualshaklee #multivitamin #vitalea #shakleeputrajaya

Monday, May 26, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Rambut Cantik

Tahukah anda tekanan akan menyebabkan penuaan pada rambut (uban dan rambut rosak) pada usia muda?

Pengambilan makanan yang kaya Vitamin B, Vitamin C dan juga Zat Besi akan membantu menyuburkan, menyihatkan dan menguatkan rambut.

Amalkan pemakanan supplemen Shaklee iaitu B Complex, SR Vita C dan juga Vitalea sebagai vitamin untuk rambut bagi mendapatkan rambut sihat dan cantik. Jom cuba =)

Sunday, May 25, 2014

Carotomax Dan Rabun

Testimoni Carotomax Shaklee

Memang berkesan Carotomax ni untuk kesihatan mata. Kisah benar seorang kawan hehe.. Ni yang tak sabar nak konsisten makan Carotomax ni.. tak sabar nak kurangkan rabun mata yang semakin meningkat ni =)

#sayajualshaklee  #shakleeputrajaya  #Carotomax #rabun

Saturday, May 24, 2014

Milkbooster Bagi Yang Tak Boleh Minum Susu

Milkbooster Shaklee

Gabungan Alfalfa dan Ostematrix memang memberikan hasil bagi ibu-ibu yang nak menambahkan susu badan. Selain gabungan ESP dan Alfalfa yang sememangnya milkbooster,  gabungan alternatif set ini juga membantu dalam penghasilan susu yang lebih banyak. Sesuai bagi yang tak boleh nak minum susu atau soya.

In sha Allah,  kita berusaha pasti ada hasilnya kan =)

#sayajualshaklee  #milkbooster #shakleeputrajaya


Wednesday, May 21, 2014

Simptom Anak Diserang Pneumonia (Jangkitan Kuman Paru-paru)

Assalamualaikum.

First of all, me nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada me sepanjang anak me, Ammar Zafran berada di hospital akibat Severe Bronchopneumonia with severe Bronchospasm.
Ramai juga yang bertanya apakah puncanya dan apakah simptom yang boleh dijadikan sebagai petanda anak diserang Pneumonia. So me akan kongsikan pengalaman me sendiri supaya parents lebih alert dengan apa yang berlaku kepada anak masing-masing.

Actually, Aisya juga pernah diserang Pneumonia peringkat awal semasa berumur 9 bulan. Alhamdulillah kami cepat bawa Aisya untuk rawatan lanjut dan disedut kahaknya. Sama macam Aisya, Ammar sebelum ni pun batuk-batuk biasa saja. Apabila ke klinik doktor suggest ambil Neb sebab dia batuk jenis berkahak. Batuk dia berlanjutan dalam seminggu dan nampak tak ok lagi dan nafas dia semakin laju (itu tanda saluran pernafasan dah semakin sempit). Tapi selepas ambil Neb dia akan nampak ok dan aktif. Itu yang susah nak kesan.

Apabila waktu malam saja dia tidur mesti ada bunyi 'wheezing' dan nampak dada dia turun naik laju. Selain itu, boleh nampak jelas kat leher dia juga ada lekuk dalam kat tulang selangka tengah-tengah antara leher dan dada (maknanya memang dia ada masalah pernafasan). Me dah bawa Ammar ke klinik lagi sekali (Kalau lepas 3 hari batuk tak ok juga better pergi cek lagi skali). Sama juga doktor bagi Neb sahaja.

Semakin hari keadaan dia nampak macam semakin sesak nafas. Kali ni tulang kat dada tu dengan perut macam dah rapat bila dia bernafas tercungap-cungap (ni tanda paru-paru dia dah memang tak boleh nak function dengan baik sebab tu guna otot perut untuk bantu pernafasan.

Kemuncaknya pada 12 Mei 2014, Jam 3 pagi kami terus ke hospital untuk rawatan kecemasan disebabkan Ammar sesak nafas. Sama juga doktor bagi neb dan kata paru-paru dia clear. Memang nampak macam relax sikit.. sebab neb tu bantu buka saluran pernafasan. Tapi me tetap risau tengok keadaannya sebab tengah malam memang dia akan jadi macam teruk sesak nafas tu. Sekali lagi petang hari yang sama dia jadi macam sesak nafas sekali lagi. so me minta warded sebab risau jadi kat rumah.

Malam dia warded tu memang Allah nak bantu kami, dia sesak nafas dan pucat biru mukanya (tanda oksigen dah kurang dan paru-paru dia tak berfungsi untuk mengepam oksigen). Terus doktor bagi bantuan pernafasan. Esoknya jadi lagi dan dia collapsed terus. Kali ni terus ke ICU dan doktor masukkan tiub sampai ke paru-paru terus untuk bantu dia bernafas. Kalau lagi worse memang kena tebuk kat kerongkong. Tapi anak me sempat dapat bantuan pernafasan on the spot. Alhamdulillah.. Walaupun keadaannya kritikal tapi doktor sempat bantu Ammar dengan mesin pernafasan. Allahuakhbar!

Selama 5 hari hari Ammar kat ICU.. 18 Mei 2014 baru dia sedar dan esoknya dipindahkan ke wad pediatrik tapi masih dalam pemantauan rapi. Keadaannya semakin pulih dan semakin baik walaupun badannya lemah sangat (kesan ubat tidur sepanjang dia kat ICU). Alhamdulillah, anak me sekarang ni doktor kawal rapi walaupun dah masuk wad biasa. Dia kena treat macam kena astma walaupun dia tak ada astma. Ada inhaler utk bantu dia jika dia jadi spasm (serangan sesak nafas). 

So kawan-kawan semua, me rasa eloklah bawa anak buat check up x-ray dan blood test jika batuk berpanjangan atau berulang. Sebab kalau doktor dengar bunyi pernafasan saja tak membantu sangat untuk kesan. Anak me bila dah x-ray baru nampak paru-paru dia banyak sangat infection. Teruk.. dia bukan pneumonia tapi severe bronchopneumonia with severe bronchospasm yang memang kalau lambat akan ragut nyawa dia.

In sha Allah,  jika kita bertindak cepat untuk kesan awal sakit tu, peratusan nak survive tu tinggi.. bawalah anak jumpa pakar paed terus kalau nak lagi tepat dan jelas. In sha Allah.. semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.

Salam sayang,
Amy

Sunday, May 18, 2014

Awas apabila anak batuk

Severe bronchopneumonia with severe bronchospasm

Inilah yang Ammar sedang harungi.. Sangat berisiko kepada anak-anak kita. Pneumonia saja pun dah buat anak menderita inikan pula severe.. puncanya batuk-batuk biasa yang berlarutan.

Please kawan-kawan semua, jika anak batuk atau bernafas secara tidak selesa dengan bunyi pernafasan yang teruk, bawalah jumpa doktor pakar. At least lebih terperinci anak diperiksa. Xray dan blood test sangat penting sebab lebih jelas dan tepat. Ammar 3 kali jumpa doktor biasa sebelum ni tapi tak dapat kesan dia sakit.

Semoga kita semua sentiasa terhindar daripadanya.. in sha Allah

Saturday, May 17, 2014

Dugaan Untuk Menguji Kesabaran

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke-5 Ammar berada di ICU. Walaupun belum sepenuhnya Ammar sembuh tapi ada berita gembira yang disampaikan oleh doktor. Ammar dah beri respon positif kepada Antibiotik kedua yang diberikan kepadanya. Sebelum ni memang tiada perubahan kerana antibiotik pertama tu tak memberikan kesan kepada Ammar. Alhamdulillah!

Me sebagai mama memang tak putus-putus berdoa supaya Ammar kembali sihat dan ceria seperti biasa. Memang jika diikutkan rasa hati, me nak menangis dan menangis saja sepanjang masa. Balik rumah nampak baju Ammar pun me menangis. Sedih, sayu, semua ada. Tak tertanggung rasanya.

Hari pertama dan kedua Ammar di ICU boleh kata sepanjang masa me menangis.. masa tu belum boleh terima anak terbaring dengan wayar berselirat, lesu tak berdaya. Hati ibu mana tak tersentuh. Sedih.. Sangat sedih.  Mungkin disebabkan rasa sedih dan lemah masa tu membuatkan Ammar pun dapat aura negatif. Ammar tak stabil dan keadaannya lemah. Setiap kali me sentuh dia me mesti nak menangis. Sebak dada...

Alhamdulillah.. kata-kata semangat dan doa daripada semua membuatkan me sedar. Anak me perlukan kekuatan daripada mamanya untuk terus kuat dan bersemangat. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Benarlah, dugaan yang datang itu sebabnya Allah nak menguji kita. Dugaan untuk kesabaran.. ya, apabila kita sabar dan redha,  Allah akan beri jalan.. Allah akan bantu.. kerana Allah sentiasa sayangkan hambaNya ni..

Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini lemah.. bila datang dugaan macam ni, tahulah sekuat mana iman.. secekal mana hati dan setabah mana jiwa dalam menghadapi dugaan tu.. apabila me mula kuatkan hati dengan dorongan suami dan semua, setiap kali jumpa dan sentuh Ammar me akan cakap perkara-perkara yang positif.. me tak nak Ammar sedih.. me tak nak Ammar tahu mamanya tak kuat tengok dia macam tu. Alhamdulillah,  janji Allah itu pasti. Ammar mula berikan respon positif.. Alhamdulillah! Walaupun sedikit sahaja perubahannya tapi cukup untuk memberikan semangat dan kekuatan yang lebih buat mamanya ni. In sha Allah..

Terima kasih semua.. terima kasih kerana memberikan me semangat untuk menghadapi situasi ni. Doakan semoga kami sekeluarga dapat mengharungi dugaan ini dengan kesabaran. Semoga Allah makbulkan doa kami supaya Ammar kembali sembuh.. sihat dan ceria.. in sha Allah..

Semoga anak mama Ammar Zafran pun kuat dan bersemangat untuk sembuh.. mama, papa, kakak dan semua sayangkan adik.. tabah dik, mama sentiasa doakan adik sembuh.. in sha Allah. . Amin..

Thursday, May 15, 2014

Sembuhlah sayang mama..

Assalamualaikum, anak saya Ammar Zafran telah dimasukkan ke ICU.. saya mohon kawan-kawan doakan anak saya semoga cepat sembuh dan selamat.. Ammar kena Pneumonia..

Ya Allah, selamatkanlah Ammar Zafran.. mama rindu nak tengok Ammar senyum.. Amin..

Allahuakhbar.. Ya Allah, Ya Rabbi.. Tabahlah hati, walaupun sedih tengok anak sakit terpaksa kuatkan diri juga. Ammar anak mama yang baik, anak mama yang manja dan kuat. In sha Allah, Ammar akan sembuh dan senyum macam selalu.

Semoga Allah sembuhkanlah Ammar.. Amin ya Allah..

Terima kasih semua

Tuesday, May 13, 2014

Tolong Kawal Emosi

Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan tolonglah kawal emosi anda. Ini kisah benar. Me rasa nak kongsikan untuk diambil berat oleh yang terlibat.

Pagi tadi jam 3.30am kami ke Hospital Putrajaya (Kecemasan) sebab Ammar batuk teruk dan macam sesak nafas. So memang kena ambil Neb. Alhamdulillah my Ammar sangat behave dan tak meragam sangat masa ambil Neb yang kena ulang 3 kali (sebab batuk berkahak teruk sangat). Mungkin sebab doktor yang rawat dia pun nice and sweet ja pandai pujuk budak.. tq doktor =)

Dari jam 3.30am sampai jam 5.30am berada kat ER tu macam-macam me tengok berlaku dalam tu. Doktor ke sana ke mari dengan kes kecemasan, pesakit silih berganti tapi masih terkawal kerana doktor agak ramai dan pesakit dapat dirawat dengan cepat.

Masa tu juga ada 2 orang cleaner lelaki berbangsa asing sedang membuat kerja mereka. Mengelap lantai kawasan tu dan meletakkan tape tanda di kawasan basah. Masih ada laluan di sekeliling kawasan yang dibersihkan dan laluan tu agak luas untuk digunakan. Mungkin waktu ni paling sesuai untuk membersihkan kawasan memandangkan siang hari dan waktu bekerja ramai orang yang lalu lalang dan mungkin mengganggu keadaan yang sibuk.

Cuma apa yang membuatkan me rasa terkilan dan rasa tak patut bila seorang doktor wanita muda agak kurang sopan dan tidak profesional dengan keadaan tu. Me tengok doktor lain ok saja ambil laluan tepi, tak ada masalah pun. Tapi doktor yang seorang ni tiba-tiba emosi bila dia nak lalu kawasan yang sedang dibersihkan tu dan dengan kuatnya cakap "ni yang aku nak marah ni, aku nak tengok patient! " padahal pesakit tu ada ja kat depan dia dan boleh saja jalan sama-sama dengan pesakit tu ke katil sebelah. Pesakit tu pun bukan kritikal dan masih boleh berjalan elok.

Serius, sangat tak profesional. Cleaner tu terkebil-kebil.. doktor dan nurse lain tengok saja. Me yang dalam bilik Neb pun boleh nampak dan dengar dengan jelas apa yang berlaku di ruang depan tu. Dah la bahasanya 'Aku' dan kuat pula tu suaranya.

Me faham doktor tu mungkin tengah stress dan penat. Tapi sebagai seorang yang memberikan perkhidmatan, agak tak patut. Tolong lah kawal emosi. Me bukan lah nak komen sangat pun tapi bagi me itu memang tak patut. Me memang tak boleh terima kalau berdepan dengan situasi melibatkan perkhidmatan yang tak memuaskan hati ni. Pantang betul..huhu..

So kawan-kawan semua yang bekerjaya dalam bidang berkaitan perkhidmatan ni tolonglah kawal emosi anda semua bila menjalankan tugas.. macam mana kita nak perkhidmatan terbaik, macam tu lah kita kena berikan yang terbaik.. tak kira dari segi perbuatan atau perkataan. Ini pesanan untuk diri me sendiri juga. Sama-samalah kita harmonikan keadaan. In sha Allah.

Sekian bebelan hari ini. Peace yo! =)

Friday, May 9, 2014

Jemput Rezeki Dengan Solat Dhuha

Solat Dhuha merupakan salah satu cara menjemput rezeki. In sya Allah, apabila kita selalu mengerjakannya, pintu rezeki yang Allah bukakan kepada kita akan menjadi semakin luas. Sentiasalah berdoa supaya Allah murahkan dan luaskan rezeki kita.. Amin..
 
Waktu Dhuha
 
Dhuha bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter.
 
Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha adalah antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 
Cara Perlaksanaan
 
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
 
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
 
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat.Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha
 
 Doa Solat Dhuha (Selepas Solat)
 
 

Thursday, May 8, 2014

Set Energy Booster Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah, Bulan Ramadhan Al - Mubarak bakal menjelma tak lama lagi. Sedikit sebanyak persiapan dari segi mental dan fizikal dah perlu dilatih, tidaklah mengejut bila mula berpuasa nanti ya dak?
 
Me nak kongsikan Set Tenaga atau Energy Booster ni dengan kawan-kawan semua. Khas buat ibu-ibu mengandung dan menyusu dan sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan untuk menjalani aktiviti dengan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Jom check it out! =)
 
 
Pengalaman me sepanjang tempoh menyusu dengan Set Tenaga ni memang betul-betul sangat membantu. Me minum susu dengan campuran ESP dan Meal Shakes (MS) sebagai minuman bersahur. Nasi me makan juga tapi sekadar alas perut sebabnya bila dah minum Set Tenaga ni memang dah kenyang sangat-sangat. Esoknya bila ke office, badan rasa segar dan tak lemau hehe..
 
Set Tenaga gabungan mantap daripada ESP dan Meal Shakes akan memberikan rasa yang mengenyangkan, memberikan tenaga dan kecergasan serta manfaat untuk kulit juga. Itu kiranya sebagai bonuslah kan kerana ESP Shaklee ni memang terkenal untuk kecantikan kulit. Manakala Meal Shakes juga terkenal dengan khasiatnya yang menyeluruh untuk badan sebagai multivitamin.
 
 
ESP - Soy Protein Isolate Powder 
  • Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten
Meal Shakes Shaklee
  • Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan
 
Alhamdulillah.. me sangat berpuas hati dengan Set Energy Booster Shaklee ni sebagai sumber bekalan tenaga sepanjang hari semasa Ramadhan tambahan pula dalam keadaan menyusu sepenuhnya anak kedua me, Ammar. Tak menyesal pun mencuba set ni. Jadi ibu-ibu, kakak-kakak dan sahabat sekalian, jom kita buat persiapan Ramadhan ni dengan kombo ESP dan MS sebagai energy booster. In sya Allah, pasti membantu! =)
 
* Meal Shakes ni tahan 2 bulan tau.. jom grab cepat, buat stok untuk diri dan anak-anak dan sekeluarga ya =)

* Bagi yang nak gantikan Meal Shakes dengan Vitalea pun boleh sebab keduanya berfungsi sebagai multivitamin
 
Hubungi kami segera ya untuk konsultansi:
 
Amy (ID:929625)
WA / SMS: 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee

Wednesday, May 7, 2014

Collagen Shaklee Marvellous!

Alhamdulillah,  dapat repeat order untuk Collagen Powder Shaklee yang marvellous tu. Hanya yang dah cuba saja tau betapa best dan berkesannya collagen ni. Bukan sebarangan collagen tau.. ramai yang selalu tanya apa bezanya? Oklah, me share sikit info ya =)

~ Kandungan utamanya 4000mg Kolagen sisik Ikan Merah proprietari (mahal oo ikan merah) laut dalam yang terbukti mempunyai kadar penyerapan paling tinggi berbanding kolagen haiwan dan tumbuhan. 100% tulen, semulajadi dan selamat.

~ Dalam collagen ni juga ada ekstrak Vitamin C, Vitamin B, Pfaffia, biji Camelia japonica, Lactobacillus acidophilus dan kekerang yang berkesan untuk kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Satu badan dapat manfaat tau.

~ Oh ya, Collagen Powder Shaklee ni juga dah diuji secara klinikal dan hasil menunjukkan kulit lebih lembab, lembut, tegang dan cerah (skin appearance improved 71%) selepas 8 minggu pengambilan berterusan Collagen Powder Shaklee! Hebat tak?

Ni bukan omongan kosong, ni bukan cubaan, ni betul2 punya ni. Pendek kata, Collagen Powder Shaklee memang best! Nak cuba memang tak rugilah <(^_^)>

GLA Complex Shaklee ~ Rakan Baik Wanita

GLA Complex Shaklee ~ Rakan Baik Wanita
 
Me suka sangat nak share pasal GLA Complex ni. Sebelum ni me ada masalah PMS yang sangat teruk sampai nak pitam bila 'masa tu'. Sejak amalkan GLA Complex memang tiap2 bulan lega. Kulit pun jadi makin cantik dan tak kering.
 
Jangan tak tau GLA ni ada 2x EPO dan Vitamin E juga tau. Sebab tu boleh jadi cantik =)
Sangat2 sesuai untuk kaum hawa sebagai rakan baik. Memang membantu untuk stabilkan hormon. Tak cuba tak tau kan, jom cuba dulu mesti jatuh cinta punya lah. I love Shaklee! (^_^)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
 
#sayajualshaklee #glacomplex #hormon #kesuburan #pms #shakleeputrajaya
 

Tuesday, May 6, 2014

Dah Tukar Botol Susu Anak?

 "Alah membeli, menang memakai"

Pernah dengar tak pepatah ni? Mesti selalu dengarkan tambah-tambah geng suka shopping macam me ni kan hehe.. Tapi betul tau, kalau sesuatu yang berkualiti biarpun mahal memang sangat berbaloi untuk kita. Ok, hari ni nak bercerita pasal botol susu anak la pula. Terasa nak berkongsi cerita sebab me perhatikan ramai yang tak berapa nak 'aware' pasal keselamatan anak masing-masing.
  
First of all, kita tengok dulu Ciri-ciri Botol Susu Yang Baik:
  • Selamat - Bebas BPA / BPA Free
  • Tahan Lama
  • Tidak Mudah Calar
  • Kualiti Botol Terjamin
  • Anti - Colic (Mengelakkan Kembung Perut)
  • Mudah Di Cuci Dan Selamat
  • Jenama Yang Dikenali
  • Tidak Bocor
  • Mudah Di Pegang

'Bisphenol A' (BPA)

Ramai yang dah tahu kan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan kimia industri 'Bisphenol A' (BPA) telah diharamkan penjualannya? Sebabnya penggunaan botol susu BPA ni akan memberi risiko kepada bayi dan kanak-kanak. Sekiranya botol susu BPA dipanaskan ataupun terdedah kepada suhu tinggi, ia akan membebaskan molekul BPA ke dalam apa-apa cecair yang berada di dalam botol susu tersebut. Kesannya? Haa.. BPA ni boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi tau.

Jadi macam mana nak tahu botol susu bayi polikarbonat tu? Perhatikan gambar kat bawah tu. Selalunya botol yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar macam yang sebelah kanan tu:
 
 
Selalunya juga botol BPA boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. Kod tersebut adalah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'. Make sure tengok label ya sebelum membeli. 
 
Jadi sebagai alternatif, pilihlah botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol. Mahal? Memang mahal tapi dari segi keselamatannya sangat tak ternilai kan untuk anak kita? Berapa sangatlah harga botol susu jika dibandingkan dengan kehidupan anak.. kan???
 
Untuk peringatan bersama juga, botol susu perlu dijaga dengan baik supaya tak ada risiko penyakit yang berpotensi terkena pada anak kita.

Ok, me kongsikan juga panduan pengendalian botol susu bayi seperti berikut: 
  •  Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada. 
  • Jika tiada panduan, ibu perlu merendam botol susu bayi dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 
  •  Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi untuk membancuh susu. (Air suam mencukupi untuk membancuh susu)
  •  Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
  •  Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  •  Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Bila disebut pasal ganti botol susu, ramai yang terlepas pandang. seeloknya 6 bulan sekali kena tukar. Kalau botol jenis kaca jangka hayatnya lebih lama. Macam me sendiri, me suka guna botol jenis PES jenama Puku ni (tak ada kaitan dengan produk ni ya hehe..) sebab senang nak cuci dan tahan calar. Harga sebotol ni pun tak adalah mahal sangat dalam RM30 sahaja tapi ketahanannya dan kualitinya sangat berbaloi-baloi. Guna setahun pun masih macam baru. Satu lagi sebab me suka Puku ni sebab ada peguin comel yang Aisya juga suka hehe..
 
Botol dengan Puting pink Aisya punya, yang biru Ammar punya <(^_^)>
 

Ok kawan-kawan semua, harapnya perkongsian me berkenaan botol susu ni membantu kawan-kawan ya. "Sharing is Caring' kan? lagipun, kita sayang anak-anak kita semua.. mestilah kita beri yang terbaik untuk mereka.. kan? Jangan lupa tukar botol susu anak ya kalau dah perlu ditukar ok =)
 
Salam sayang,
 
Amy

Promosi Mei 2014 Meal Shakes Shaklee

Promosi Meal shakes Shaklee yang best dah kembali!!!
 
Antara khasiatnya:
 
♡ Multivitamin lengkap
♡ Memberikan tenaga
♡ Membantu mengawal Astma
♡ Membantu masalah sembelit
♡ Membantu menambah selera makan anak
♡ Membantu sistem imun anak
♡ Makanan segera yang berkhasiat
 
Anak-anak pasti sukakan rasa vanila yang sedap ni. Kita pun boleh saja minum Meal Shakes sebagai sarapan tau. Sedap dan mengenyangkan =)
 
Jom cuba!  Hubungi kami segera ok:
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
 

Sunday, May 4, 2014

Macam Mana Nak beli Shaklee harga murah?

Macam Mana Nak beli Shaklee harga murah?
 
A : Kak, klu saya beli banyak boleh dapat diskaun tak?
Me: Klu nak diskaun byk dik boleh daftar jadi ahli, untung lagi banyak sebab dapat harga ahli, dapat point, klu cukup syarat dapat bonus tunai lagi. Yuran ahli pun cuma  RM65 sekali seumur hidup saja
A: Tapi saya tak nak bisness pun. Sebelum ni daftar ahli banyak produk lain tapi tak jalan pun
Me: Dik, daftar ahli tak semestinya untuk bisnes. Makan sendiri saja pun tak apa, yang best dapat harga ahli tu. Kan dapat diskaun tu. Untung lagi ada la kan
A: Hmm.. Abis yang bonus tu mcm mana? Klu tak bisnes boleh dapat juga?
Me: Boleh dik.. Cukup syarat dan layak boleh dapat. Yang tu akak explain nanti. Berminat nak jadi ahli tak?
A: Klu macam tu ok la, saya nak jadi ahli la...
 
Ramai yang tak tahu nak dapat harga murah untuk beli produk Shaklee kesukaan masing-masing hanya perlu daftar jadi ahli saja. Kalau selama ni beli barang dengan SID lain hanya dapat harga ahli, tapi bila sendiri dah jadi ahli lagi banyak faedah boleh dapat. Untung sangat dah tu.
Berminat nak jadi ahli Shaklee? Roger me segera ok! =)
 
Amy (ID: 929625)
WA / SMS: 017-4336075

Saturday, May 3, 2014

Meal Shakes Shaklee Makanan Segera???

Tahu tak Meal Shakes adalah makanan segera?
 
Ya betul, makanan segera paling berkhasiat! Yang best nya Meal Shakes bukan makanan segera yang banyak lemak, kolestrol,  perasa dan pewarna tau. Sebaliknya kaya dengan multivitamin dan zat yang diperlukan badan. Memang terbaik!
 
Sangat sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak 1 tahun ke atas kerana mereka memerlukan multivitamin yang lebih mencukupi. Oh ya, sesuai juga untuk semua yang nak khasiat Meal Shakes ni tak kira usia tau =)
 
Anak-anak mesti gemarkan rasa Vanila yang sedap ni. Sambil-sambil meningkatkan sistem imun badan mereka, Meal Shakes juga memberi tenaga dan membantu memenuhi keperluan nutrisi. Sangat best!
 
Bagi yang terlalu kurus pula,  pengambilan Meal Shakes dengan cadangan pemakanan akan membantu menambahkan berat badan. Tapi janganlah risau yang tak kurus pun akan naik badan pula. Adalah cara pengambilannya tau. Meal Shakes tak menggemukkan bagi yang mengambil mengikut keperluan sahaja =)
 
Berminat nak mencuba Meal Shakes? Jom dapatkan segera. Berbaloi-baloi tau! ;)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
#sayajualshaklee #mealshakes #multivitamins #shakleeputrajaya
 

Thursday, May 1, 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE -MULTIVITAMIN TERBAIK!

MEAL SHAKES SHAKLEE -MULTIVITAMIN TERBAIK!
 
Bulan Mei 2014 - Promosi Meal Shakes Beli 6 Percuma 1!!!
 
Sesuai sangat menjelang Ramadhan yang bakal menjelma ni, bersahur dengan sesudu mealshakes dan ESP memang sangat mengenyangkan dan badan bertenaga sepanjang hari. Bukan saja untuk kita, tapi untuk anak2 juga boleh cuba Meal Shakes ni tau. In sya Allah,  sangat membantu. Pertama kali me cuba Meal Shakes ni  Ramadhan tahun lepas, Alhamdulillah susu badan tak terjejas malah maintain dan me tak letih pun. Sangat2 membantu =)
 
Jom dapatkan segera, buat stok siap2 sebab Meal Shakes ni tahan 2 bulan lebih tau. Harga pasaran cuma RM113 sahaja. Jimat dan berbaloi-baloi!
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
 
#sayajualshaklee #mealshakes #multivitamins #shakleeputrajaya
 

Herbal Blend Cream Shaklee Serbaguna Berkesan!

Restock!
 
Alhamdulillah Herbal Blend Cream ni dah dapat restock tapi sangat terhad. Hanya ada kat branch tapi rasanya dah OOS lagi. So yang booking hari tu, yang nak beli terus pm atau WA me ok. Memang siapa cepat dia dapat huhu..
 
Krim herba pelbagai guna ni memang kena ada 1 setiap rumah. Tambah2 musim tak menentu ni panas hujan, kulit pun naik ruam, kayap dan sewaktu dengannya. Harga tak padan dengan khasiat cuma RM27 sahaja. Tahan 3-4 bulan. So cepat2 roger me ok! =)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
 
#sayajualshaklee #herbalblendshaklee #krimherbal #masalahkulit